RM3 juta untuk Hospital Tung Shin bina Pusat Rawatan Jantung - PM Najib

Azyyati Ahmad
November 16, 2017 12:39 MYT
Datuk Seri Najib Razak bertanya khabar para pesakit ketika mengadakan lawatan ke Hospital Tung Shin hari ini. - fotoBERNAMA
Kerajaan pusat akan memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta kepada Hospital Tung Shin, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Dana tersebut adalah bagi membantu hospital berkenaan menyiapkan pusat rawatan jantungnya dalam menyediakan kemudahan yang lebih canggih, sekaligus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat.
"Atas nama kerajaan pusat, kami akan memberi RM3 juta kepada Hospital Tung Shin dan dana ini akan disediakan dalam masa terdekat.
"Ini kerana, saya sangat kagum dengan apa yang dilakukan oleh hospital ini. Saya mesti menyokongnya," katanya ketika berucap sempena lawatannya ke Hospital Tung Shin di sini hari ini.
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat hospital berkenaan sepanjang 136 tahun penubuhannya.
#Hospital Bersalin Cina #Hospital Tung Shin #Najib Razak #Perdana Menteri