awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina

Bernama
Bernama
19/04/2024
14:19 MYT
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Fadhlina berkata 38 buah sekolah daif di daerah Kota Belud diberikan perhatian sepenuhnya untuk pembinaan semula atau untuk proses penyelenggaraan melibatkan peruntukan RM495.5 juta. - Gambar fail/Bernama
KOTA BELUD: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata projek pembangunan semula itu akan dimulakan pada Ogos tahun ini dan dijangka siap pada pertengahan 2026, dengan dilengkapi kemudahan antara lain lapan bilik darjah baharu, pusat sumber serta makmal sains dan komputer.
"Reka bentuk bangunan telah siap dan dalam proses untuk tender. Diharap usaha ini memberikan persekitaran kondusif untuk anak-anak kita di sini belajar dengan lebih baik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan di beberapa sekolah rendah dan menengah di kawasan Kadamaian di sini antaranya SK Tamu Darat, SK Rangalau, Sekolah Rendah Advent Rangalau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin.
Fadhlina berkata 38 buah sekolah daif di daerah Kota Belud di sini diberikan perhatian sepenuhnya untuk pembinaan semula atau untuk proses penyelenggaraan melibatkan peruntukan RM495.5 juta.
Menurutnya daripada jumlah itu 20 projek telah siap sepenuhnya, 10 dalam pembinaan, manakala lapan lagi dalam peringkat prabina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sekolah daif
#proses penyelenggaraan
#dalam pembinaan
#projek pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan