Sebuah bank di sini kerugian RM300,000 selepas mesin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di premis itu diletupkan penjenayah.
Dalam kejadian 5.45 pagi itu, dua suspek bertindak meletupkan pintu bank dan mesin ATM dengan menggunakan bom buatan sendiri sebelum melarikan wang tunai.
Kejadian disedari orang awam yang menghubungi polis.
Ketua Polis Kubang Pasu Superitenden, Abd Rahim Abdullah memaklumkan siasatan awal mendapati suspek menggunakan bom paip sepanjang satu kaki.
Bom tersebut diselit di bahagian pengeluaran wang di ATM terbabit selepas suspek mengopak bahagian atas dan bawah mesin dengan menggunakan besi.
Polis menemui wang tunai sejumlah RM600 yang bertaburan di atas lantai.
Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry.
Tindak-tanduk dua suspek itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Menurut Abd Rahim, modus operandi yang dilakukan mirip beberapa kejadian sebelum ini.
Polis kini meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti suspek.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat menggunakan bahan api.
Astro Awani
Tue Apr 26 2016

Kejadian berlaku jam 5.04 minit pagi disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.
![[TERKINI] Kejadian Runtuh | Struktur sokongan binaan SUKE runtuh [TERKINI] Kejadian Runtuh | Struktur sokongan binaan SUKE runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893531/15793218521614784332905_640x360.jpg)
[TERKINI] Kejadian Runtuh | Struktur sokongan binaan SUKE runtuh

Perodua namakan SUV sebagai Ativa, harga bermula RM61,500
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) secara rasminya menamakan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang telah lama dinantikan sebagai Ativa.

Gempa bumi kuat landa Greece petang ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda Greece pada 6.16 petang ini.

Vaksin COVID-19 | Lebih 30,000 dos vaksin COVID-19 tiba di Sarawak
Fasa pertama kumpulan kedua penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Sarawak hari ini. Jumlah yang diterima adalah lebih 30 ribu dos. Ketibaan vaksin itu disambut Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Polis Sarawak | Penurunan kes jenayah ketika PKPB
Kadar jenayah di Sarawak menunjukkan penurunan 60 peratus bagi dua bulan pertama tahun ini. 723 kes direkodkan bagi Januari hingga Februari 2021 berbanding 1,766 kes bagi tempoh sama tahun 2020.

PKPD | Beberapa blok di flat Sibu Jaya dikenakan PKPD
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan. Tempoh lanjutan selama tujuh itu akan bermula pada 5 Mac 2021 sehingga 11 Mac 2021. Keputusan dicapai susulan masih berlaku peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi di kawasan berkenaan.

COVID-19 | Pembukaan semula kemasukkan pekerja asing
Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri Sarawak bersetuju membuka semula kemasukkan pekerja asing berkuatkuasa 1 Mac 2021. Namun ia tertakluk kepada garis panduan dan SOP JPBN Sarawak.

Rentas Daerah | Pergerakan zon tidak dibenarkan, perlu permit polis
Dalam sidang media sama uggah turut menjelaskan mengenai pergerakan rentas daerah dan zon di Sarawak. Setiap pergerakan rentas daerah atau zon perlu mendapat kebenaran pihak polis.

COVID-19 | Satu kematian dicatatkan, 139 kes baharu
Kes COVID-19 di Sarawak. Ini angka terbaru hari ini. 210 kes pulih dan dibenarkan discaj. Hampir 77 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Mangsa sempat berhubung dengan suami ketika terperangkap
Zakiah Yaakop, 51 , merupakan seorang daripada lima mangsa yang terperangkap dalam sebuah van kilang yang dihempap runtuhan struktur besi.

RM300,000 lesap mesin ATM diletup di Jitra
Kejadian berlaku jam 5.04 minit pagi disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.