awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM5.8 bilion WTD masih belum dituntut - Othman Aziz

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/07/2017
04:59 MYT
RM5.8 bilion WTD masih belum dituntut - Othman Aziz
Datuk Othman Aziz berkata ia meliputi lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak tahun 1977. -Gambar fail
Sejumlah RM5.779 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah hingga 30 Jun lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata ia meliputi lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak tahun 1977.
"Individu yang terbabit perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter WTD untuk membuat semakan dan menuntut wang mereka," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD.
Katanya, sebanyak 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di Semenanjung Malaysia; Sarawak (7) dan di Sabah (4) manakala sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.
Jelasnya, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.
WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#jabatan akauntan negara
#kaunter WTD
#Mohd Zaim Abu Hasan
#wang tak dituntut
#wtd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan