awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM61.32 bilion bayaran hasil petroleum kepada empat negeri bagi 2008-2020

Bernama
Bernama
02/11/2020
20:34 MYT
RM61.32 bilion bayaran hasil petroleum kepada empat negeri bagi 2008-2020
Mustapa berkata Petronas membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus masing-masing kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jumlah hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dari 2008 hingga 2020 adalah RM61.32 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata jumlah bayaran tunai hasil petroleum yang disalurkan kepada Sarawak dan Sabah bagi tempoh 2008 hingga Ogos 2020 adalah masing-masing RM25.3 bilion dan RM13.2 bilion.
Bayaran khas petroleum kepada Terengganu dan Kelantan bagi tempoh yang sama masing-masing sebanyak RM22.4 bilion dan RM418.9 juta, katanya dalam jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) mengenai jumlah bayaran royalti minyak dan gas yang diterima kerajaan Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu mulai 2008 sehingga 2020.
Mustapa berkata Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus masing-masing kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.
"Bagi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu pula, Petronas menyalurkan bayaran kepada Kementerian Kewangan yang seterusnya membuat bayaran kepada kedua-dua negeri tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#Dewan Rakyat
#Petronas
#ekonomi
#kerajaan
#minyak
#bayaran tunai
#hasil petroleum
#negeri
#Sabah
#Sarawak
#royalti minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan