KUALA PENYU: Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata, peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
"Bagi program ini, pejabat daerah bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana untuk memastikan pelaksanaan projek mengikut skop kerja ditetapkan.
"Pejabat daerah juga akan melaporkan status pelaksanaan projek ini setiap bulan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Karnival Tekun MADANI dan Pameran Satu Daerah Satu Industri, di sini, pada Sabtu.
Menurut Ewon, pasar tamu komuniti atau pasar minggu adalah tempat masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah bertemu, selain memiliki keunikan tersendiri kerana menjual pelbagai produk tempatan.
Sementara itu, Ewon berkata, kementeriannya memulakan Program Pembangunan Premis Tamu Desa bertujuan menaik taraf kemudahan ruang niaga serta pusat penjaja di luar bandar di Sabah dan Sarawak.
"Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah.
"Program ini akan menyediakan atau menaik taraf ruang niaga dan pusat penjaja dengan infrastruktur yang lebih kondusif bagi memudahkan akses pemasaran produk jualan lebih berkesan di tapak lokasi perniagaan," katanya.
Pada majlis itu, Ewon turut mengumumkan peruntukan RM400,000 bagi memulakan kerja-kerja menaik taraf dua tapak tamu di Kuala Penyu menerusi projek Tamu Desa sekali gus berharap ia dapat menyediakan kemudahan ruang niaga lebih kondusif dan selesa. - BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Ewon berkata, peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu. - Gambar fail/Bernama

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.

Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.

Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.

Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.

Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.

Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.

Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.

Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.

Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.

Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.