awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Pemuda PN tuntut konsensus penuh susulan peletakan jawatan Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM92,540 lesap, kerani akaun terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Bernama
Bernama
09/07/2023
10:27 MYT
RM92,540 lesap, kerani akaun terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa berusia 52 tahun itu telah melayari laman sosial tersebut dan tertarik mengenai pelaburan saham yang ditawarkan sebelum menekan pautan yang disertakan. -Gambar hiasan
KUANTAN: Wang simpanan sebanyak RM92,540 milik seorang kerani akaun lesap selepas wanita itu terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi laman Facebook pada Mac lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa berusia 52 tahun itu telah melayari laman sosial tersebut dan tertarik mengenai pelaburan saham yang ditawarkan sebelum menekan pautan yang disertakan.
"Akibat terpengaruh dengan tawaran keuntungan lumayan, mangsa telah membuat 12 transaksi ke empat akaun bank berlainan dalam tempoh empat bulan sebelum menyedari dirinya terperdaya kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam pada itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan skim pelaburan melalui media sosial dan memaklumkan syarikat atau individu yang tidak diberi lesen atau kebenaran dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti tidak boleh menerima deposit dari mana-mana pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan saham
#kerani akaun
#sindiket pelaburan tidak wujud
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan