awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo selesai peralihan DCS, mula beroperasi di bawah kod penerbangan sendiri
Anak pasangan maut di Sri Aman diberi sokongan psikososial - Nancy
Pembinaan RTS Link berjalan lancar, dijangka siap hujung tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Kesejahteraan masyarakat Orang Asli dipertingkat - Mustapa

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2021
09:44 MYT
RMK-12: Kesejahteraan masyarakat Orang Asli dipertingkat - Mustapa
Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang komprehensif sedang dimuktamadkan untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesejahteraan masyarakat Orang Asli akan dipertingkat menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Jelasnya, ia bagi memastikan komuniti tersebut boleh menikmati pembangunan sosioekonomi negara dengan lebih bermakna.
Pada masa ini, ujar Mustapa, Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang komprehensif sedang dimuktamadkan untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat itu.
"Pendekatan pembangunan yang komprehensif dengan tumpuan kepada pendidikan, menumpukan kepada usaha mengurangkan kemiskinan serta menyediakan infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan asas yang lebih baik.
"Kerjasama antara agensi akan diperkukuh untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan.
"Kesemua inisiatif ini dijangka membantu pencapaian pembangunan yang inklusif serta meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kumpulan Pemikir Mengenai Kemiskinan hari ini yang memfokuskan isu-isu berkaitan dengan pembangunan masyarakat Orang Asli.
Katanya, kerajaan telah menggubal dasar dan melaksanakan program serta projek pembangunan untuk masyarakat Orang Asli bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Bagaimanapun, katanya pada masa ini, masyarakat Orang Asli masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan sosioekonomi.
"Pada 2019, insiden kemiskinan di kalangan Orang Asli adalah kira-kira 33.6 peratus.
"Tahap pendidikan dalam kalangan Orang Asli yang rendah mengurangkan mobiliti sosial dan kebolehpasaran kumpulan ini.
"Infrastruktur asas yang tidak mencukupi, kekurangan ameniti dan perkhidmatan seperti jalan perhubungan, bekalan elektrik, bekalan air terawat dan telekomunikasi telah menjejaskan kesejahteraan komuniti ini.
"Isu berkaitan pembangunan tanah Orang Asli juga menjejaskan sosioekonomi mereka," ujar beliau lagi.
Selain itu, katanya pembangunan Orang Asli juga harus merentasi kementerian dan bukan hanya bergantung kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kementerian Pembanguan Luar Bandar (KPLB).
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#KPLB
#Orang Asli
#ekonomi
#pendidikan
#Kumpulan Pemikir Mengenai Kemiskinan
#Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli
#Rancangan Malaysia Kedua Belas
#RMKe-12
#RMK-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan