awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12 akan dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan

Bernama
Bernama
23/12/2020
11:16 MYT
RMK-12 akan dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Unit Perancang Ekonomi (UPE) kini dalam proses memuktamadkan dokumen RMK-12. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 di Dewan Rakyat dalam sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 yang dijadualkan pada Mac, 2021.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata Unit Perancang Ekonomi (UPE) kini dalam proses memuktamadkan dokumen RMK-12.
"Semua strategi dan inisiatif RMK-12 dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).
"Sesi libat urus secara meluas telah diadakan dalam tempoh 18 bulan lalu bagi memastikan 'tiada sesiapa yang tertinggal' dalam penggubalan dan pelaksanaan pelan pembangunan negara ini," katanya.
Maklum balas dan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan sudah diambil kira termasuk sektor awam dan swasta, pakar industri, akademik, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan, organisasi antarabangsa, Jemaah Menteri, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta masyarakat umum melalui pelbagai saluran termasuk libat urus dalam talian, katanya.
Beliau berkata RMK-12 akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan ekonomi negara dan memastikan kehidupan yang wajar untuk rakyat.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK-12
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Mustapa Mohamed
#UPE
#Rancangan Malaysia Ke-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan