awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: KPKT rancang bina 2 PPR di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/09/2021
09:17 MYT
RMK-12: KPKT rancang bina 2 PPR di Pulau Pinang
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kanan) melihat kawasan persekitaran semasa melakukan lawatan kerja di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hari ini. - Gambar/ Bernama
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membangunkan dua lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pulau Pinang sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dua projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah besar dan pulau dengan lokasi sebenar belum diputuskan buat masa ini.
Reezal Merican berkata, bagi kawasan tanah besar, dua lokasi yang sedang diperhalusi adalah sama ada Seberang Perai Utara (SPU) atau Seberang Perai Tengah (SPT).
Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan dan dijangka diumumkan tidak lama lagi.
"SPU dan SPT dipertimbangkan kerana kalau ikut kajian dari segi pendapatan B40, sebanyak 45 peratus rakyat Pulau Pinang bagi B40 berada di SPU dan SPT.
"Maka adalah amat wajar sebuah projek PPR dibuat dalam kawasan tesebut.
"Apapun, kita bekerjasama dengan kerajaan negeri dan melihat jika ada tanah agensi Persekutuan yang sesuai untuk tujuan itu," katanya.
BACA SEMUA BERHUBUNG RANCANGAN MALAYSIA KE-12 DI SINI
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah menerima cadangan lima kawasan daripada kerajaan negeri bagi dipertimbangkan sebagai lokasi baharu untuk projek perumahan itu.
Bagaimanapun, katanya KPKT akan meneliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bandar Perda, di Bukit Mertajam pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#KPKT
#PPR
#Reezal Merican Naina Merican
#RMKe-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan