MALAYSIA
RMK13 dibentang di Parlimen bulan depan - Fahmi

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah Kerajaan MADANI dijangka dibentangkan di Parlimen pada 28 Julai ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah Kerajaan MADANI dijangka dibentangkan di Parlimen pada 28 Julai ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
- RMK13 dijangka dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 28 Julai ini.
- RMK13 akan menjadi pelan utama dalam menangani cabaran ekonomi dan melaksanakan agenda Ekonomi MADANI.
- Perdana Menteri juga arah tumpuan kepada naik taraf sekolah di kem tentera dan puji kemajuan pembinaan kapal LCS.
"Ini, insya-Allah, merupakan Rancangan Malaysia yang pertama yang akan dibentangkan Perdana Menteri," katanya dalam sidang media mingguan di sini.
Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata RMK13 akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara termasuk kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad serta peralihan struktur ekonomi yang perlahan.
RMK13 adalah antara dokumen dasar utama kerajaan untuk melaksanakan agenda Ekonomi MADANI.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Perdana Menteri turut mengingatkan Jemaah Menteri untuk meneruskan usaha membantu menaik taraf dan memperbaiki 30 sekolah di kem tentera di seluruh negara.
Beliau berkata Perdana Menteri turut berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) oleh Lumut Naval Shipyard dan menyifatkannya sebagai satu pencapaian yang membanggakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami