[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

RMK13: Kerajaan percepat pembangunan industri nadir bumi

Ernalisa Othman 31/07/2025 | 05:55 MYT
Anwar berkata, aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) juga akan dipergiat dan dimasukkan sebagai sebahagian taksonomi pelaburan serta pembiayaan hijau.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan industri unsur nadir bumi (REE) dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memperkukuh ekosistem dan memajukan aktiviti di sepanjang rantaian nilai industri.


Ringkasan AI
  • Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan industri REE dengan kerjasama kerajaan negeri, memberi keutamaan kepada pembangunan kapasiti tempatan dalam teknologi perlombongan, penulenan dan pemisahan melalui kerjasama strategik antarabangsa serta penggunaan domestik untuk industri peringkat pertengahan dan hiliran.
  • Sokongan terhadap industri REE merangkumi pembangunan bakat, infrastruktur moden, insentif komprehensif dan pemetaan sumber yang lebih tepat bagi memperkukuh ekosistem industri secara menyeluruh.
  • Ekonomi hijau diperkukuh melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan, Skim Perdagangan Pelepasan (ETS), projek kredit karbon dan aktiviti CCUS; termasuk projek rintis pemerangkapan karbon dalam industri besi dan keluli di Kemaman, Terengganu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan akan diberikan kepada pembangunan kapasiti tempatan dalam teknologi perlombongan, penulenan dan pemisahan REE melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa.

Menurutnya, sumber REE juga akan diutamakan untuk kegunaan domestik bagi membangunkan industri peringkat pertengahan dan hiliran.

“Usaha ini disokong pembangunan bakat, infrastruktur moden, insentif komprehensif serta pemetaan sumber yang lebih tepat,” katanya.

Berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, Khamis.

Tambah Anwar, ekonomi hijau akan diperkukuh melalui pelbagai inisiatif di bawah RMK13, termasuk memperkasa perdagangan karbon dengan pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan, Skim Perdagangan Pelepasan (ETS) serta insentif projek kredit karbon.

Aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) juga akan dipergiat dan dimasukkan sebagai sebahagian taksonomi pelaburan serta pembiayaan hijau.

“Sebuah projek rintis pemerangkapan karbon dalam industri besi dan keluli akan dilaksanakan di Kemaman, Terengganu,” katanya.


#Nadir bumi REE #industri besi dan keluli #RMK13 #industri nadir bumi