MALAYSIA
RMK13: Kerajaan rangka inisiatif, persiapan hadapi status 'Aged Society' menjelang tahun 2048
Amir Hamzah berkata RMK13 ambil kira pelbagai cabaran - keperluan fiskal, pasaran buruh, perkhidmatan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia telah pun menjadi negara menua (ageing society) pada 2021, apabila populasi penduduk berusia 65 tahun ketika itu telah melepasi nilai ambang tujuh peratus.
Ringkasan AI
Menteri Kewangan, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, berdasarkan statistik terkini, Malaysia dijangka mencapai status negara tua (aged society) menjelang tahun 2048, dengan populasi tersebut melepasi 14 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan.
Amir Hamzah, yang juga pemangku Menteri Ekonomi berkata, usaha untuk menyiapkan negara menghadapi negara tua adalah kompleks, dengan mengambil kira pelbagai cabaran termasuk keperluan fiskal, pasaran buruh serta perkhidmatan kesihatan dan penjagaan jangka panjang.
"Sebagai tindakan produktif, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB) 2025 – 2045 dibangunkan pada 2025, merangkumi perancangan dasar, rangka kerja dan pelan tindakan ekonomi pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka masa panjang.
“Focus NAB akan diterjemah melalui strategi dan inisiatif khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), bagi mempersiapkan Malaysia dalam menjadi ‘negara tua’,” jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang mahu mengetahui fenomena penuaan populasi yang sedang dialami oleh negara serta persediaan kerajaan dalam menghadapi fenomena tersebut.
Dalam pada itu Amir Hamzah berkata, kerajaan telah menggariskan beberapa langkah melalui RMK13, antaranya menggalakkan sumbangan produktif daripada golongan tersebut, serta mengkaji aspek simpanan mereka di tua.
“Kita menggalakkan mereka yang dah bersara untuk masih begiat dalam sektor ekonomi dengan kerja sampingan dan kita akan tingkatkan peluang yang ada.
“Kita juga akan beri keutamaan kepada fiskal dan perlindungan sosial, menambah baik sokongan Kementerian dengan cara bukan saja cara fizikal, tapi tingkatkan aktiviti untuk warga tua untuk terus bersama masyarakat.
“Akhirnya dari segi kesejahteraan warga berusia, simpanan persaraan harus kita lihat. KWSP ada cadang untuk kaji, lihat di mana sebahagian daripada simpanan boleh dikeluarkan buat bila-bila masa bila sampai tahap persaraan, tetapi yang lain dari segi bulanan, boleh dipanjangkan simpanan,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Malaysia sah sebagai negara menua sejak 2021, dan dijangka capai status negara tua menjelang 2048 apabila populasi 65 tahun ke atas melebihi 14 peratus.
- Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB) 20252045 dibangunkan, merangkumi dasar ekonomi, kesihatan, perlindungan sosial dan penjagaan jangka panjang di bawah RMK13.
- Kerajaan galak warga emas terus aktif secara produktif, sambil kaji semula simpanan persaraan dan perluas sokongan sosial agar mereka kekal sejahtera dan terlibat dalam masyarakat.