MALAYSIA
RMK13: Lima projek berimpak tinggi tempatkan Perak di kedudukan strategik, global - MB
Saarani berkata ia memperkukuh pelaburan, mencipta peluang pekerjaan, memajukan pembangunan insan, mengukuhkan ekonomi, mempercepat infrastruktur, serta menempatkan Perak dalam kedudukan strategik di peringkat nasional dan global. - Gambar fail
IPOH: Lima projek berimpak tinggi di Perak yang mendapat perhatian dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi merupakan lonjakan strategik yang akan mengubah wajah ekonomi Perak secara menyeluruh.
Ringkasan AI
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia memperkukuh pelaburan, mencipta peluang pekerjaan, memajukan pembangunan insan, mengukuhkan ekonomi, mempercepat infrastruktur, serta menempatkan Perak dalam kedudukan strategik di peringkat nasional dan global.
Projek ini memberi signifikan yang sangat besar kepada negeri itu kerana menggambarkan kesediaan serta kesungguhan Kerajaan Persekutuan meletakkan projek-projek berkenaan sebagai antara keutamaan untuk dilaksanakan dalam RMK-13.
"Ia juga menjadi cerminan bagaimana gagasan Malaysia MADANI dapat dijayakan seiring dengan pelaksanaan agenda yang digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030.
"Lima projek ialah pertama; Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) iaitu kawasan industri di wilayah Utara yang berfokus kepada tenaga boleh baharu dan industri rendah karbon," katanya pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Wong May Ing (PH-Pantai Remis) berkaitan perancangan khusus melibatkan Perak di bawah RMK-13 serta manfaat dan pulangan yang dijangka dapat dinikmati negeri ini.
Pada pembentangan RMK-13 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Julai lepas, beliau turut menyentuh lima projek mega di Perak termasuk projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjong Malim, Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Taman Perindustrian Halal Perak (Perak HIP) dan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE).
Sementara itu, Saraani berkata pengumuman projek mega ini meletakkan Perak sebagai satu daripada destinasi utama pelaburan dalam negara dan bukti bahawa Perak kini dipandang serius oleh pelabur asing dan tempatan.
"Sokongan rasmi kerajaan Persekutuan melalui RMK-13 menambahkan lagi keyakinan pelabur bahawa projek ini mempunyai jaminan dasar serta kesinambungan politik.
"Kemasukan pelaburan berskala berbilion ringgit ini akan merancakkan keyakinan pasaran terhadap Perak sebagai negeri yang stabil, berdaya saing, dan strategik," katanya.
Selain diunjur mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan, baik secara langsung mahupun tidak langsung, projek tersebut juga akan menyaksikan pembinaan infrastruktur industri seperti pelabuhan, terminal gas, dan taman perindustrian.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Lima projek berimpak tinggi di Perak yang diumumkan dalam RMK-13 termasuk KIGIP, AHTV, LuMIC, Perak HIP dan industri REE dijangka melonjakkan ekonomi negeri melalui pelaburan, pekerjaan dan pembangunan infrastruktur.
- Projek-projek ini selari dengan agenda Malaysia MADANI dan pelan Perak Sejahtera 2030, serta menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan menjadikan Perak sebagai destinasi pelaburan strategik.
- Pelaksanaan projek dijangka menarik pelaburan berbilion ringgit, mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan dan memperkukuh keyakinan pasaran terhadap kestabilan serta daya saing Perak.