MALAYSIA
RMK13: Malaysia wujud pasaran tenaga elektrik inovatif - PM Anwar
Penglibatan sektor swasta akan memperkukuh keseluruhan rantaian nilai tenaga mampan negara, dari segi teknologi, pelaburan, sehingga kepada akses pengguna. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia bakal melaksanakan sistem pasaran tenaga elektrik berasaskan kos sebenar perolehan penjanaan, termasuk melibatkan tenaga boleh baharu (TBB), sebagai langkah memperkukuh daya saing dan ketelusan industri tenaga negara.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan membuka peluang lebih luas kepada pemain industri untuk terlibat secara aktif dan bersaing dalam persekitaran yang lebih sihat serta telus.
“Penglibatan lebih ramai pemain industri akan memacu inovasi dan memastikan rakyat mendapat manfaat daripada ekosistem tenaga yang lebih cekap dan mampan,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Anwar berkata, rakyat juga berpeluang menjana TBB di bawah konsep akses grid terbuka menerusi Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM), yang memberi ruang kepada komuniti memanfaatkan teknologi tenaga hijau secara langsung.
Selain itu, Dana Kemudahan Peralihan Tenaga Negara serta Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat akan dipergiat bagi mempercepatkan pelaburan sektor swasta dalam inisiatif tenaga hijau negara.
“Penglibatan sektor swasta akan memperkukuh keseluruhan rantaian nilai tenaga mampan negara, dari segi teknologi, pelaburan, sehingga kepada akses pengguna,” jelas beliau.
Seiring dengan pelaksanaan Rangka Tindakan Peralihan Tenaga Negara (NETR), inisiatif seperti sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), grid pintar, serta projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia akan membolehkan integrasi tenaga boleh baharu antara wilayah secara lebih efisien.
“Selain itu, inisiatif solar terapung hibrid hidro dan hab hidrogen hijau di Kenyir akan diperluas sebagai model tenaga hijau bersepadu. Kerajaan juga dalam pertimbangan untuk meneroka tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga bersih yang selamat dan berdaya saing,” katanya.
RMK13 bakal menjadi pelan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030, dengan tumpuan kepada kelestarian tenaga, pertumbuhan hijau dan transformasi ekonomi berteraskan inovasi.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Malaysia akan melaksanakan sistem pasaran tenaga elektrik berasaskan kos sebenar perolehan penjanaan termasuk tenaga boleh baharu (TBB), bagi memperkukuh daya saing dan ketelusan industri tenaga serta membuka peluang kepada lebih banyak pemain industri.
- Program CREAM membolehkan komuniti menjana TBB melalui akses grid terbuka, manakala Dana Kemudahan Peralihan Tenaga Negara dan Program Pembekalan Elektrik TBB Korporat akan mempercepatkan pelaburan sektor swasta dalam tenaga hijau.
- Pelaksanaan NETR merangkumi projek seperti sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), grid pintar, sambung tara bekalan elektrik antara wilayah, solar terapung hibrid hidro dan hab hidrogen hijau di Kenyir; kerajaan turut mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih.