awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13: MyDigital ID kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih

Kenyataan Media
Kenyataan Media
31/07/2025
10:26 MYT
RMK13: MyDigital ID kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih
Sehingga kini, sebanyak 45 platform perkhidmatan dalam talian, merangkumi perkhidmatan kerajaan dan swasta telah diintegrasikan dengan MyDigital ID. - Gambar fail/ Bernama
MyDigital ID menyambut baik saranan dan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kepentingan MyDigital ID sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih bagi memudahkan akses ke pelbagai kemudahan awam dalam talian supaya lebih cekap dan pantas semasa pembentangan RMK13 hari ini. Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasa digitalisasi dan memastikan kemudahan untuk semua.
Sehingga kini, sebanyak 45 platform perkhidmatan dalam talian, merangkumi perkhidmatan kerajaan dan swasta telah diintegrasikan dengan MyDigital ID. Jumlah ini dijangka terus melonjak sejajar dengan pelaksanaan berperingkat di seluruh negara. Aspek keselamatan pengguna terus menjadi keutamaan, dengan sistem yang dibangunkan tidak menyimpan data biometrik, serta pengesahan identiti dilakukan secara langsung dengan pangkalan data kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim, turut mengulas: “Fokus utama MyDigital ID adalah untuk menjadi sistem kepercayaan digital masa nyata. Dengan penggunaan yang semakin meluas, ia bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, tetapi turut memperkukuh kedaulatan dan keselamatan digital negara.”
Mengenai MyDigital ID
MyDigital ID ialah platform identiti digital yang selamat dan dipercayai yang direka untuk mengukuhkan dan memudahkan pengesahan identiti dalam talian, tanpa menggantikan sistem MyKad. Ia berfungsi sebagai log masuk tunggal untuk perkhidmatan digital, menawarkan keselamatan dan kebolehcapaian yang lebih besar kepada rakyat dalam mengakses perkhidmatan dalam talian dan melakukan transaksi.
MyDigital ID
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#RMK13
#My Digital ID
#kunci pengesahan identiti digital tunggal
#Nik Hisham Nik Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan