MALAYSIA
RMK13 perkukuh kedudukan Melaka sebagai hab pelancongan, industri halal serantau
Ab Rauf berkata kerajaan Melaka telah mengemukakan permohonan sebanyak 258 projek berimpak tinggi bernilai RM7.15 bilion di bawah Rolling Plan 1 RMK13 bagi tahun 2026. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertemakan 'Melakar Semula Pembangunan Demi Mengangkat Martabat Rakyat' disifatkan sebagai pelan pembangunan lima tahun yang menyeluruh dan terangkum.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, Khamis, dilihat memperkukuh transisi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menerusi pengukuhan fiskal, sumber pertumbuhan baharu serta reformasi struktur ekonomi.
"RMK13 juga dilihat menjadi pemangkin utama Melaka memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelancongan terunggul, pusat industri halal serantau dan negeri yang lebih bersedia menghadapi cabaran perubahan iklim serta keperluan infrastruktur masa depan.
"Inisiatif ini akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat Melaka," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kerajaan Melaka telah mengemukakan permohonan sebanyak 258 projek berimpak tinggi bernilai RM7.15 bilion di bawah Rolling Plan 1 (RP1) RMK13 bagi tahun 2026, merangkumi pembangunan infrastruktur moden, ekonomi digital dan industri strategik negeri.
Dalam masa sama, Ab Rauf menyambut baik tumpuan kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Zon Pelaburan Pelancongan (STIZ) yang turut melibatkan Melaka sebagai antara destinasi utama.
"STIZ akan menjadi pemangkin kepada penciptaan produk pelancongan baharu berasaskan seni, budaya, warisan dan alam semula jadi, menjadikan Melaka lebih kompetitif di peringkat antarabangsa," katanya.
Menurutnya, Melaka turut menerima manfaat menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru yang mampu mengurangkan risiko bencana serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam aspek industri halal, Ab Rauf menzahirkan komitmen penuh negeri itu menyokong aspirasi nasional untuk mencapai nilai eksport halal sebanyak RM80 bilion dan sumbangan 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Ia melalui pembangunan Halal Industrial Park di Melaka serta penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia yang dilihat akan memperkukuh lagi kedudukan negeri ini sebagai hab halal strategik," katanya.
Beliau berkata Melaka turut menyokong Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) bagi memastikan bekalan air mencukupi dan cekap seiring pembangunan perumahan serta permintaan industri yang semakin meningkat.
"Semua inisiatif di bawah RMK13 akan dilaksanakan melalui kerjasama erat antara kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, sektor swasta dan koperasi agar pembangunan inklusif dan berimpak tinggi dapat dicapai untuk rakyat Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini