[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

RMK13: Program MADANI rakyat diteruskan, fokus projek berorientasi rakyat

Ernalisa Othman 31/07/2025 | 05:44 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi libat urus bersama semua kerajaan negeri yang dimulakan sejak awal tahun ini akan diteruskan, termasuk dengan negeri ditadbir pembangkang.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan Program MADANI Rakyat sebagai platform bagi pemimpin turun padang untuk mendekati rakyat dan mendengar secara langsung keluh kesah serta keperluan komuniti setempat.


Ringkasan AI
  • Kerajaan akan meneruskan Program MADANI Rakyat sebagai platform pemimpin turun padang untuk mendekati rakyat dan memahami keperluan komuniti setempat, termasuk sesi libat urus bersama semua kerajaan negeri tanpa mengira perbezaan politik.
  • Hasil libat urus telah mengenal pasti beberapa projek pembangunan berorientasi rakyat seperti pembinaan Loji Rawatan Air Machang, Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, bangunan tambahan Hospital Kulim, serta peningkatan kemudahan budaya dan rangkaian Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak.
  • Program ini selari dengan pendekatan inklusif Kerajaan MADANI yang menekankan pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar, serta penyelesaian isu tempatan secara langsung melalui penglibatan agensi dan pemimpin kerajaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi libat urus bersama semua kerajaan negeri yang dimulakan sejak awal tahun ini akan diteruskan, termasuk dengan negeri ditadbir pembangkang, demi memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar menepati keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

“Melalui sesi ini, kita lebih memahami keutamaan pembangunan di setiap negeri,” menyatakan perkara itu semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Anwar berkata, hasil libat urus tersebut, beberapa projek pembangunan berorientasi rakyat telah dikenal pasti antaranya projek peningkatan kemudahan Negeri Sembilan Miniature Culture Village, pembinaan Loji Rawatan Air Machang di Kelantan, penyelesaian isu bekalan air di Labuan, pembangunan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian di Terengganu, serta pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim di Kedah.

Selain itu, kerajaan juga memberi perhatian kepada pengukuhan rangkaian peruncitan Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak bagi memperkasakan ekonomi tempatan serta memperbaiki infrastruktur perniagaan rakyat di kawasan luar bandar.

Program MADANI Rakyat yang diperkenalkan pada awal pentadbiran Kerajaan Perpaduan merupakan sebahagian daripada usaha mendekatkan kerajaan dengan rakyat, di mana pemimpin kerajaan, agensi dan pihak berkepentingan akan turun padang untuk meninjau, menilai dan menyelesaikan isu-isu tempatan secara langsung.

Ia juga selari dengan pendekatan inklusif yang dibawa oleh Kerajaan MADANI, yang menekankan keperluan memastikan pembangunan negara tidak bersifat berpusat di bandar semata-mata, dan diagihkan secara adil kepada semua negeri tanpa mengira perbezaan politik.





#RMK13 #Program MADANI #negeri pembangkang #Anwar Ibrahim #terkini