[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

RMK13: Program STR, SARA diteruskan - PM

Astro Awani 31/07/2025 | 06:29 MYT
Anwar berkata, inisiatif Payung Rahmah juga akan dipergiat termasuk Jualan Rahmah bagi memastikan akses kepada makanan dan keperluan asas pada harga berpatutan. - Foto/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, melalui kesinambungan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Ringkasan AI
  • Kerajaan akan meneruskan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), serta mempergiat inisiatif Payung Rahmah termasuk Jualan Rahmah bagi memastikan akses kepada makanan dan keperluan asas pada harga berpatutan.
  • Pakej Rahmah turut merangkumi perkhidmatan internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar, sebagai sebahagian usaha meringankan beban rakyat.
  • Kos pengangkutan awam terus diberi perhatian melalui pas perjalanan bulanan dan khas untuk pelajar, warga emas dan OKU, serta subsidi tiket penerbangan kepada pelajar, yang akan diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) juga, inisiatif Payung Rahmah akan dipergiat termasuk Jualan Rahmah bagi memastikan akses kepada makanan dan keperluan asas pada harga berpatutan.

"Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar juga diteruskan.

"Kerajaan juga terus memastikan kos pengangkutan awam yang berpatutan. Pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas dan OKU serta program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar akan diteruskan.

"Ini kita umumkan kerana ada kata ia tidak ada dilakukan, ini semua langkah yang baharu diambil oleh Kementerian Pengangkutan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat pada Khamis.




#Anwar Ibrahim #RMK13 #program SARA #Program STR #terkini