MALAYSIA
RMK13: RM40 bilion untuk sektor kesihatan, cukai prokesihatan diperluas
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Ringkasan AI
Ketika membentangkan rancangan lima tahun itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.
"Lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik kerajaan termasuk yang daif akan dilaksanakan.
"Antaranya, Hospital Tuanku Ja’afar 2, Seremban, Negeri Sembilan; Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor; Pusat Kanser Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah; Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah; dan Pusat Kanser Sarawak," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia termasuk merangkumi latihan praperkhidmatan.
Selain itu ujar beliau, pengurusan rekod kesihatan akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan.
"Kita juga perlu tegas dalam menangani risiko kesihatan.
"Cukai pro-kesihatan akan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol, bukan sekadar untuk hasil, tetapi bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) yang kian membimbangkan," tambah beliau.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Sektor kesihatan menerima peruntukan RM40 bilion termasuk untuk mengurangkan perbelanjaan rakyat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan serta pembinaan dan naik taraf hospital dan klinik kerajaan seperti Hospital Tuanku Jaafar 2, Hospital Sultanah Aminah 2, dan Pusat Kanser Wilayah Utara.
- Rangka kerja pembangunan profesional kesihatan akan dibangunkan bagi menangani isu sumber manusia, termasuk latihan praperkhidmatan, manakala pengurusan rekod kesihatan akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan.
- Cukai pro-kesihatan akan diperluas kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD).