awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13 sasar KDNK 5.5 peratus, capai status negara berpendapatan tinggi - PM Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
31/07/2025
05:01 MYT
RMK13 sasar KDNK 5.5 peratus, capai status negara berpendapatan tinggi - PM Anwar
RMK13 menetapkan pertumbuhan KDNK antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun, dipacu terutamanya oleh permintaan domestik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan sasaran utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan menjadi panduan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ringkasan AI
  • RMK13 menyasarkan pertumbuhan KDNK antara 4.5% hingga 5.5% setahun, dipacu oleh permintaan domestik dan pelaburan sektor swasta, dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM611 bilion melibatkan Kerajaan, GLC/GLIC dan PPP.
  • Fokus pembangunan tertumpu kepada sektor ekonomi, perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, dengan eksport kasar dijangka meningkat 5.8% setahun; sasaran PNK per kapita ialah RM77,200 untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
  • Kerajaan komited mengurangkan defisit fiskal kepada bawah 3% daripada KDNK dan mengawal paras hutang di bawah 60%; pasaran buruh dijangka bertambah baik dengan pampasan pekerja meningkat kepada 40% daripada KDNK dan kadar pengangguran mencapai guna tenaga penuh menjelang 2030.

Dalam pembentangan di Parlimen, beliau berkata, RMK13 menetapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun, dipacu terutamanya oleh permintaan domestik melalui penggunaan dan pelaburan sektor swasta.
"Untuk merealisasikan matlamat ini, sejumlah RM611 bilion pelaburan diperlukan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM430 bilion akan disumbangkan melalui peruntukan pembangunan Kerajaan, RM120 bilion daripada GLC dan GLIC, manakala RM61 bilion akan dijana melalui model Perkongsian Awam-Swasta (PPP).
"Daripada peruntukan RM430 bilion tersebut, lebih daripada separuh iaitu sebanyak RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan negara.
"Eksport kasar negara dijangka meningkat sebanyak 5.8 peratus setahun dengan peluang perdagangan yang lebih luas.
"Sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan kekal sebagai sumber utama pertumbuhan yang disumbang oleh peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai," katanya.
Dalam aspek fiskal, Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit secara berperingkat kepada bawah 3 peratus daripada KDNK, manakala paras hutang kerajaan akan dikawal agar tidak melebihi 60% daripada KDNK.
Beliau turut menekankan bahawa Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita disasarkan meningkat kepada RM77,200, yang dijangka melepasi nilai ambang untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
“Pasaran buruh juga dijangka bertambah baik dengan pampasan pekerja meningkat kepada 40 peratus daripada KDNK dan kadar pengangguran dijangka mencapai tahap guna tenaga penuh menjelang 2030,” jelas beliau.
Kadar inflasi pula dijangka kekal stabil dalam lingkungan 2 peratus hingga 3 peratus setahun.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#KDNK
#RMK13
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan