GADGETS

Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat

Amanz 09/01/2026 | 05:00 MYT
Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur. -Foto Amanz
ROBLOX kini mewajibkan pengesahan umur melalui imbasan swafoto sebelum pengguna dibenarkan mengakses ciri Chat teks dan suara dalam permainan.


Ringkasan AI
  • Roblox mewajibkan pengesahan umur melalui imbasan swafoto sebelum pengguna dapat menggunakan ciri Chat teks dan suara dalam permainan.
  • Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur, dengan pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka berumur 13 tahun ke atas menggunakan sistem swafoto automatik.
  • Pengguna akan ditempatkan dalam kumpulan umur yang berbeza dan hanya dibenarkan bersembang dengan kumpulan umur yang sama atau berdekatan seperti yang ditetapkan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur.

Pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka berumur 13 tahun ke atas menggunakan sistem swafoto automatik.

Ciri ini sebelum ini diwajibkan di Australia, New Zealand dan Belanda sejak Disember lalu, dan kini diperluas kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Selepas pengesahan, pengguna akan ditempatkan dalam kumpulan umur iaitu bawah 9 tahun, 9–12, 13–15, 16–17, 18–20 dan 21+.

Mereka hanya dibenarkan bersembang dengan kumpulan umur yang sama atau berdekatan seperti ditetapkan.

Pengecualian diberikan melalui fungsi Trusted Connections yang membolehkan interaksi dengan ahli keluarga atau kenalan rapat.

Proses semakan umur dilaksanakan melalui teknologi Facial Age Estimation dalam aplikasi Roblox. Menurut syarikat itu, semua imej yang digunakan akan dipadam sebaik sahaja selesai diproses bagi memastikan privasi pengguna terpelihara. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama mewajibkan pengesahan umur melalui imbasan swafoto dalam ROBLOX?
    A: Tujuannya adalah untuk meningkatkan keselamatan dan memastikan interaksi mengikut kumpulan umur dalam permainan.
  • Q: Adakah pengguna perlu mengesahkan umur mereka sebelum menggunakan ciri Chat teks dan suara dalam ROBLOX?
    A: Ya, pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka berumur 13 tahun ke atas menggunakan sistem swafoto automatik sebelum dapat menggunakan ciri tersebut.
  • Q: Apakah fungsi Trusted Connections dalam ROBLOX?
    A: Trusted Connections membolehkan interaksi dengan ahli keluarga atau kenalan rapat, walaupun pengguna ditempatkan dalam kumpulan umur yang berbeza.



#roblox #pengesahan umur #imbasan swafoto #chat