awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roboh rumah di Baitulmaqdis: Kedutaan AS enggan bersemuka - Mapim

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2022
23:32 MYT
Roboh rumah di Baitulmaqdis: Kedutaan AS enggan bersemuka - Mapim
Mohd Azmi mendakwa, Israel mempunyai pelan espansionis untuk merampas seluruh bumi Palestin dengan melanggar semua undang-undang antarabangsa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur tidak mahu bersemuka dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berhubung bantahan mengenai keganasan rejim Israel yang meroboh rumah penduduk Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak dibenarkan masuk ke kedutaan berkenaan sebaliknya, hanya diminta memasukkan surat bantahan yang hendak diserahkan ke dalam peti surat.
Katanya, surat yang dihantar pada Jumaat lepas hanya dapat diserah melalui tingkap di bilik pengawal kedutaan tersebut
“Saya telah menyatakan ketegasan bahawa AS adalah pengecut kerana tidak mahu surat bantahan diterima secara bersemuka...AS bersekongkol dengan Israel meroboh rumah pendudukan Palestin.
“Kami menyatakan bahawa AS tidak boleh diperbudakkan oleh Israel dengan mengabsahkan setiap perbuatan jenayah zionis Israel dan warga Yahudi yang merampas dan memusnahkan ribuan kediaman Palestin,” katanya menerusi kenyataan semalam.
Mohd Azmi mendakwa, Israel mempunyai pelan espansionis untuk merampas seluruh bumi Palestin dengan melanggar semua undang-undang antarabangsa.
Ujarnya, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia telah memperakui surat bantahan yang diserahkan itu.
“Kami menegaskan tindakan Israel mesti ditentang habis-habisan tanpa kompromi...Israel berhasrat membersihkan semua pendudukan Palestin dari Baitulmaqdis.
“Kami akan menggembleng seluruh masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa supaya keganasan Israel ditentang secara berterusan,” tambahnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Azmi Abdul Hamid
#Kedutaan AS
#Sheikh Jarrah
#roboh rumah di Baitulmaqdis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan