GADGETS
Robot Boston Dynamic Atlas kini boleh merangkak dan aksi putar roda
Atlas kini mampu melakukan aksi putar roda, melutut, dan merangkak. -Amanz
ROBOT Boston Dynamic Atlas telah dikemas kini tahun lalu dengan rekaan serba baharu dan mempunyai lebih banyak sendi berbanding versi asal.
Ringkasan AI
- Atlas dari Boston Dynamics telah dikemas kini dengan rekaan baharu dan lebih banyak sendi.
- Atlas kini mampu melakukan aksi putar roda, melutut, dan merangkak.
- Boston Dynamics bekerjasama dengan Robotics and AI Institute (RAI) untuk mengembangkan pergerakan baharu ini, tetapi belum ada rencana untuk komersialisasi.
Sebelum ini ia telah pun mempunyai kemampuan untuk menari, melompat, mendaki tangga dan balik kuang seakan akrobat manusia.
Terkini, Atlas telah dikemas kini dengan kemampuan melakukan aksi putar roda, melutut dan juga merangkak.
Atlas diajar untuk melakukan kesemua aksi baharu ini dengan melihat video manusia melakukannya sendiri dan pembelajaran pengukuhan.
Bagi memberikan pergerakan baharu ini, Boston Dynamics melakukan kerjasama dengan Robotics and AI Institute (RAI).
Walaupun kemampuan Atlas kini lebih tinggi, Boston Dynamics masih belum mempunyai perancangan untuk menawarkannya secara komersial. -Amanz