GADGETS
Robot mampu pulihkan otot sendiri berjaya dibangunkan
Sekumpulan jurutera dari Universiti NebraskaLincoln membangunkan teknologi robotik yang mampu menyembuhkan diri sendiri secara automatik, meniru mekanisme penyembuhan semula jadi seperti pada kulit manusia dan tumbuhan. -Amanz
SEKUMPULAN jurutera dari Universiti Nebraska–Lincoln telah membangunkan teknologi robotik yang mampu menyembuhkan diri secara automatik.
Ringkasan AI
Teknologi ini meniru mekanisme penyembuhan semula jadi yang terdapat pada kulit manusia dan tumbuhan, sekali gus menjadikannya salah satu inovasi penting dalam sejarah moden robotik.
Sistem ini terdiri daripada tiga lapisan utama, iaitu lapisan aktuasi (Extensible Actuation Layer), lapisan penyembuhan (Strain Limiting Self-Healing Layer), dan lapisan pengesanan (Damage Detection Layer).
Setiap lapisan memainkan peranan penting dalam memastikan robot berfungsi dengan lebih cekap.
Lapisan bahagian atas berfungsi sebagai otot buatan yang membantu pergerakan robot dengan menggunakan tekanan air.
Mekanisme ini membolehkan robot bergerak secara bebas serta menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran menjadikannya lebih cekap dalam pelbagai situasi.
Lapisan penyembuhan (bahagian tengah) diperbuat daripada Elastomer Termoplastik (TPE), iaitu sejenis bahan polimer yang bersifat seperti getah.
Keistimewaan bahan ini ialah ketahanannya terhadap haba, keupayaan untuk berubah bentuk, serta kemudahan dalam pemprosesan dan pembentukan.
Sifat unik inilah yang menjadikan TPE sangat sesuai untuk sistem penyembuhan diri dalam robotik kerana ia boleh mencair dan mengeras semula untuk membaiki kerosakan secara automatik.
Dengan teknologi ini, robot ini boleh memulihkan dirinya sendiri tanpa perlu pembaikan manual.
Selain itu, lapisan pengesanan (bahagian bawah) mengandungi mikrodroplet logam cair (Liquid Metal – LM) yang tertanam dalam elastomer silikon.
Lapisan ini memainkan peranan penting dalam mengesan kawasan dan tahap kerosakan secara automatik dengan ketepatan tinggi.
Robot ini boleh mengenal pasti kecederaan secara serta-merta dengan mengesan perubahan dalam aliran elektrik pada lapisan paling bawah.
Setelah mengesan kawasan yang rosak, Joule Heater akan diaktifkan untuk mencairkan elastomer termoplastik pada lapisan penyembuhan.
Joule Heater ialah proses di mana arus elektrik yang mengalir melalui konduktor menghasilkan haba.
Dalam sistem ini, haba yang dihasilkan akan mencairkan bahan penyembuhan bagi membolehkan lapisan tersebut mengisi dan menutup luka atau kerosakan.
Selepas beberapa minit, bahan yang telah mencair tadi akan mengeras semula lalu menutup luka dengan sebaiknya tanpa memerlukan sebarang pembaikan manual.
Pada akhirnya, robot dapat menyembuhkan diri sendiri dengan sebaiknya untuk kembali berfungsi seperti biasa dalam masa yang singkat.
Teknologi ini juga dikatakan boleh menjadi penyelesaian untuk sesebuah robot itu tahan lama dan mampu beroperasi dalam pelbagai persekitaran tanpa memerlukan penyelenggaraan yang kerap. -Amanz
Ringkasan AI
- Sekumpulan jurutera dari Universiti NebraskaLincoln membangunkan teknologi robotik yang mampu menyembuhkan diri sendiri secara automatik, meniru mekanisme penyembuhan semula jadi seperti pada kulit manusia dan tumbuhan.
- Sistem ini terdiri daripada tiga lapisan utama: lapisan aktuasi untuk pergerakan, lapisan penyembuhan daripada elastomer termoplastik (TPE) yang boleh mencair dan mengeras semula, serta lapisan pengesanan yang mengandungi logam cair untuk mengesan kerosakan.
- Apabila kerosakan dikesan, Joule Heater diaktifkan untuk mencairkan bahan penyembuhan, yang kemudian mengeras semula dan menutup luka, membolehkan robot kembali berfungsi tanpa pembaikan manual dan meningkatkan ketahanan serta keupayaan operasi dalam pelbagai persekitaran.
Teknologi ini meniru mekanisme penyembuhan semula jadi yang terdapat pada kulit manusia dan tumbuhan, sekali gus menjadikannya salah satu inovasi penting dalam sejarah moden robotik.
Sistem ini terdiri daripada tiga lapisan utama, iaitu lapisan aktuasi (Extensible Actuation Layer), lapisan penyembuhan (Strain Limiting Self-Healing Layer), dan lapisan pengesanan (Damage Detection Layer).
Setiap lapisan memainkan peranan penting dalam memastikan robot berfungsi dengan lebih cekap.
Lapisan bahagian atas berfungsi sebagai otot buatan yang membantu pergerakan robot dengan menggunakan tekanan air.
Mekanisme ini membolehkan robot bergerak secara bebas serta menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran menjadikannya lebih cekap dalam pelbagai situasi.
Lapisan penyembuhan (bahagian tengah) diperbuat daripada Elastomer Termoplastik (TPE), iaitu sejenis bahan polimer yang bersifat seperti getah.
Keistimewaan bahan ini ialah ketahanannya terhadap haba, keupayaan untuk berubah bentuk, serta kemudahan dalam pemprosesan dan pembentukan.
Sifat unik inilah yang menjadikan TPE sangat sesuai untuk sistem penyembuhan diri dalam robotik kerana ia boleh mencair dan mengeras semula untuk membaiki kerosakan secara automatik.
Dengan teknologi ini, robot ini boleh memulihkan dirinya sendiri tanpa perlu pembaikan manual.
Selain itu, lapisan pengesanan (bahagian bawah) mengandungi mikrodroplet logam cair (Liquid Metal – LM) yang tertanam dalam elastomer silikon.
Lapisan ini memainkan peranan penting dalam mengesan kawasan dan tahap kerosakan secara automatik dengan ketepatan tinggi.
Robot ini boleh mengenal pasti kecederaan secara serta-merta dengan mengesan perubahan dalam aliran elektrik pada lapisan paling bawah.
Setelah mengesan kawasan yang rosak, Joule Heater akan diaktifkan untuk mencairkan elastomer termoplastik pada lapisan penyembuhan.
Joule Heater ialah proses di mana arus elektrik yang mengalir melalui konduktor menghasilkan haba.
Dalam sistem ini, haba yang dihasilkan akan mencairkan bahan penyembuhan bagi membolehkan lapisan tersebut mengisi dan menutup luka atau kerosakan.
Selepas beberapa minit, bahan yang telah mencair tadi akan mengeras semula lalu menutup luka dengan sebaiknya tanpa memerlukan sebarang pembaikan manual.
Pada akhirnya, robot dapat menyembuhkan diri sendiri dengan sebaiknya untuk kembali berfungsi seperti biasa dalam masa yang singkat.
Teknologi ini juga dikatakan boleh menjadi penyelesaian untuk sesebuah robot itu tahan lama dan mampu beroperasi dalam pelbagai persekitaran tanpa memerlukan penyelenggaraan yang kerap. -Amanz

#Universiti Nebraska Lincoln
#Robot mampu pulihkan otot sendiri
#Elastomer Termoplastik
#Lapisan penyembuhan