KLANG:Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki.
Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 33 tahun itu selepas dia mengaku bersalah merogol anak perempuan tirinya sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap, 20 Jan lepas.
Kunasundary dalam penghakimannya berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah sangat serius dan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.
Kesemua 105 pertuduhan ke atas tertuduh dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah pada prosiding hari ini yang berlangsung hampir lima jam bermula dari 2.45 petang hingga 7.30 malam.
Hakim itu berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah keji dan amat berat serta telah memalapkan hidup seorang kanak-kanak.
"Saya harap kamu insaf dalam penjara. Kamu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minimum, namun mahkamah merasakan memadai dengan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu," katanya.
Mengikut 105 pertuduhan, lelaki yang tidak bekerja itu didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak 5 Jan 2018 hingga 24 Feb 2020 mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar memohon hukuman pemenjaraan berat dan sebatan maksimum dikenakan terhadap tertuduh dengan mempertimbangkan faktor kepentingan awam.
"Mangsa di dalam kes ini berumur 12 tahun semasa mula-mula dirogol oleh tertuduh dan telah dirogol selama dua tahun sebanyak 105 kali.
Tertuduh yang merupakan bapa tiri kepada mangsa sepatutnya bertanggungjawab untuk membela mangsa namun merosakkan harga dirinya. Akibat daripada perbuatan tertuduh akan menyebabkan trauma seumur hidup kepada mangsa sepanjang hayatnya," katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber.
Nurul Qistini berkata kes merogol anak dalam jagaan merupakan kesalahan yang amat keji dan terkutuk serta dipandang serius oleh segenap masyarakat tidak kira agama apa sekalipun.
Perbuatan tertuduh diibaratkan sebagai “haruan makan anak” yang menjadi perhatian serius masyarakat umum yang bertentangan bukan sahaja dari segi undang-undang malahan ditegah oleh agama, katanya yang turut memohon hukuman berjalan secara berasingan bagi setiap pertuduhan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan bagi mengurangkan hukuman.
Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa telah bercerai dengan bapa kandungnya pada 2015 dan wanita itu berkahwin dengan tertuduh pada November 2016.
Semasa kejadian, hanya mangsa dan tertuduh berada di dalam rumah dan mangsa tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana telah diugut dan dipukul oleh tertuduh.
Kanak-kanak itu hanya menceritakan kejadian tersebut apabila ibunya membawa dia dan adik perempuan ke rumah ibu saudara mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Kesemua 105 pertuduhan ke atas tertuduh dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah pada prosiding hari ini yang berlangsung hampir lima jam bermula dari 2.45 petang hingga 7.30 malam.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

Jerman sedia kit ujian saringan COVID-19 di pasar raya
Kit ujian saringan pantas itu dijual pada sekitar harga 25 euro atau RM121 setiap satu.

Penunjuk perasaan antikerajaan kembali ke jalanan, ingkar perintah baharu larang perhimpunan awam
Mereka berkumpul dan mengulangi tuntutan agar perubahan politik dilakukan termasuk pengunduran Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan serta reformasi monarki.

JAS Perak tunggu keputusan sampel air Sungai Kuang yang didakwa tercemar
Laporan itu dijangka mengambil masa kira-kira sebulan bagi mengetahui keputusan sampel air yang diambil pada Khamis lepas.

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

Penjual air tebu didakwa 64 pertuduhan sumbang mahram, rogol
Tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mengambil masa dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Pengasas Sugarbook ditahan semula, bantu siasatan kes rogol, persundalan
Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.

Peniaga didakwa rogol anak tiri 15 tahun dalam kereta
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bagan Jermal.

PM Australia mohon maaf insiden perkosa di pejabat Parlimen
Morrison berjanji akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk budaya di tempat kerja.

Kes rogol dalam lokap: 11 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan
Beliau berkata kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati gagal serta cuai menjalankan tugas.

Gangguan seksual: Semua anggota terlibat dikeluarkan dari tugasan SJR
Tindakan tegas dari sudut jenayah dan tatatertib juga akan diambil terhadap semua yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto
Kasthuri Patto berkata, Jika Rina Harun lebih peka sebagai seorang Menteri, orang tak kisah dengan perubahan beliau

Ambil serius insiden rogol di lokap, agar tidak berulang - Zuraida
Lakukan pemasangan CCTV di lokap di seluruh negara agar kejadian yang sama dapat ditangani secara efektif di masa hadapan.

Bapa saudara didakwa rogol pelajar tingkatan dua
Seorang pelajar mendakwa dia dirogol oleh bapa saudaranya sejak Mac tahun lalu.