MALAYSIA
Rogol dalam stor, penghantar barang diperintah jalani khidmat masyarakat
Seorang penghantar barang diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang penghantar barang diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang dikenali menerusi Telegram.
Ringkasan AI
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Yarits Dzikri Yunus, 20, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Hukuman tersebut diputuskan, selepas beliau mendengar rayuan mitigasi daripada pihak pembelaan, fakta kes, faktor pemberatan serta laporan sosial daripada pegawai Jabatan Kebaijan Masyarakat (JKM) dan syor yang dikemukakan.
Beliau turut memerintahkan tertuduh mematuhi 10 syarat tambahan antaranya perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, mengikut sesi kaunseling serta mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).
Selain itu, tertuduh dikenakan cagaran bon RM5,000 dengan penjamin dalam kalangan ahli keluarga, jika gagal boleh dikenakan penjara setahun.
Sekiranya gagal menjalani khidmat masyarat dan syarat-syarat ditetapkan, tertuduh boleh dihadapkan semula ke mahkamah serta boleh dihukum mengikut peruntukan hukuman asal.
Pada prosiding dijalankan, Pegawai Perintah Khidmat Masyarakat JKM, Azlina Mohd Salleh turut membaca laporan sosial dan akhlak tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 13 tahun 10 bulan.
Kesalahan itu dilakukan lebih kurang jam 3.30 petang di sebuah stor berhampiran dengan kediaman di Kampung Ulu Beranang, Lenggeng di sini pada 22 Ogos lalu.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan,jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Terdahulu, Peguam Asmawi Ismail memohon hukuman paling minimum dan berpendapat hukuman penjara tidak bersesuaian dengan anak guamnya yang merupakan pesalah muda dan tiada rekod lampau.
Asmawi berkata, tertuduh mengenali mangsa menerusi satu kumpulan Telegram yang mana dalam akaun tersebut memaparkan aksi lucah mangsa dan perkhidmatan seks ditawarkan.
"Sekiranya hendak memasuki kumpulan Telegram itu ahli mesti berusia lebih 18 tahun dan tertuduh beranggapan mangsa juga dalam lingkungan umur 18 tahun," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon hukuman yang setimpal mengambil kira mangsa merupakan kanak-kanak ketika kejadian dan pengakuan salah tertuduh bukan faktor peringanan mengambil kira kes jenayah seksual kanak-kanak yang berleluasa. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Penghantar barang dihukum menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen atas kes rogol remaja perempuan bawah umur menerusi Telegram.
- Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman selepas mendengar rayuan mitigasi, fakta kes, serta laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Tertuduh dikenakan cagaran bon RM5,000, perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, menjalani kaunseling, dan mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan.