awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol kekasih, Ronaldo diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2024
06:45 MYT
Rogol kekasih, Ronaldo diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam
Selain khidmat masyarakat, pemuda berkenaan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan setiap bulan dan perlu mengikut sesi kaunseling diadakan. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang pelajar kolej diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang bawah umur, Mei lalu.
Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh, Ronaldo Sillo Chundi, 20, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Beliau turut mengarahkan tertuduh dihadapkan semula ke mahkamah serta boleh dihukum mengikut peruntukan hukuman asal sekiranya gagal menjalani khidmat masyarakat berkenaan.
Selain itu, pemuda berkenaan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan setiap bulan dan perlu mengikut sesi kaunseling diadakan serta mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Surita juga mengenakan bon cagaran RM5,000 dengan penjamin daripada ahli keluarga dan sekiranya gagal, boleh dikenakan penjara setahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan merogol seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah hotel di Port Dickson, kira-kira jam 3 petang, 15 Mei lalu.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Peguam, Kartikeyan Supramaniam merayu hukuman berbentuk khidmat masyarakat dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh adalah pesalah muda, malah mangsa dalam kes itu adalah teman wanitanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memaklumkan tiada halangan terhadap permohonan pihak pembelaan dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.
Pada prosiding tersebut, Pegawai JKM turut membaca laporan sosial dan akhlak tertuduh. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar kolej
#rogol
#khidmat masyarakat
#bawah umur
#Seremban
#teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan