awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol kenalan media sosial bawah umur, pemuda dihukum penjara 6 tahun

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2022
07:53 MYT
Rogol kenalan media sosial bawah umur, pemuda dihukum penjara 6 tahun
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Jun lalu. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman memutuskan keputusan itu selepas tertuduh Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan.
Perbuatan itu dilakukan pada 11 Jun lalu di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 7 malam.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
[TERKINI] Pemuda mengaku bersalah rogol kenalan media sosial
Topic Berkaitan
#rogol
#bawah umur
#Kuala Terengganu
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan