[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Rogol penerjun: Jurulatih didakwa esok

Bernama 10/10/2017 | 12:42 MYT
Sebelum ini, polis telah merakam kenyataan daripada 18 individu selain meneliti rakaman CCTV. - Gambar hiasan
Jurulatih terjun negara yang ditahan reman berkaitan kes rogol atlet penerjun wanita di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 Sept lepas akan dihadapkan ke mahkamah esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa mengesahkan perkara itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Sabtu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah merakam kenyataan 18 individu dan mendapatkan kamera litar tertutup (CCTV) di kompleks berkenaan bagi membantu siasatan.
Pada 2 Okt lepas, jurulatih berumur 35 tahun yang berasal dari China itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada atlet berkenaan.
-- BERNAMA
#jurulatih #kompleks sukan #mahkamah #penerjun negara