awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol remaja depan orang lain, anggota tentera dipenjara

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
26/11/2017
08:52 MYT
Rogol remaja depan orang lain, anggota tentera dipenjara
SEORANG anggota tentera dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan dikenakan enam sebatan kerana didapati bersalah merogol kenalan wanitanya dua tahun lalu.
Seorang anggota tentera dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan dikenakan enam sebatan kerana didapati bersalah merogol kenalan wanitanya dua tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Muhamad Bukhori Mohd Zawawi, 21, telah merogol mangsa berusia 18 tahun sekitar jam 11 malam pada 15 Oktober 2015 di kawasan Bukit Peraksi, Semerak daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Suspek yang diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan orang lain.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan perbuatan tertuduh sebagai pengajaran.
Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Mahkamah menetapkan esok untuk proses prosiding penangguhan hukuman bagi proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Topic Berkaitan
#18 tahun
#kenalan wanita
#Pasir Puteh
#penjara
#remaja dirogol
#rogol
#rogol depan rakan
#sebatan
#tentera dipenjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan