MALAYSIA
Rohana Abdullah Anak Emas pertama UTeM kini bergelar graduan
Rohana Abdullah yang ditawarkan pengajian Diploma Sains Komputer bersama dengan Biasiswa Anak Emas Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini bergelar graduan sewaktu Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 yang berlangsung semalam. - Foto UTeM
MELAKA: Rohana Abdullah yang ditawarkan pengajian Diploma Sains Komputer bersama dengan Biasiswa Anak Emas Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini bergelar graduan sewaktu Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 yang berlangsung semalam.
Ringkasan AI
Kisah Rohana pernah tular hampir 4 tahun lalu, yang mana beliau dijaga ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan dan menerusi episod kesukaran untuk mendapatkan taraf kerakyatan kerana ditinggalkan sejak kecil.
Ia mengundang reaksi banyak pihak selain ramai yang memuji sikap murni ibu angkatnya, Chee Hoi Lan yang berusaha mengekalkan Rohana dengan agama asal sehingga hari ini.
Gadis yang pernah bekerja sebagai pengajar di salah pusat tuisyen itu turut mendapat perhatian mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menghubunginya untuk membantu sehinggalah mendapat taraf kewarganegaraan menerusi Surat Keputusan Kewarganegaraan selepas itu.
Seterusnya dengan keprihatinan UTeM di bawah kepimpinan Naib Canselor, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin maka dia ditawarkan tempat pengajian berserta sebagai penerima Biasiswa Anak Emas pertama UTeM dengan menikmati pembiayaan penuh pengajian diplomanya bersama dengan bantuan wang saku.
Mengulas tentang pencapaian sulung program Anak Emas UTeM ini, Massila berkata, Alhamdulillah apa yang telah kita rintis dan laksanakan pada 3 tahun lalu menerusi program Anak Emas UTeM Yayasan Tun Canselor yang menawarkan biasiswa kepada golongan pelajar cemerlang dari golongan kurang berkemampuan telah mula membuahkan hasil.
Jelasnya, program yang dikenali Biasiswa Anak Emas UTeM ini disalurkan melalui pembiayaan Yayasan Tun Canselor UTeM yang menaja kos pengajian secara penuh bagi meringankan beban pelajar dan memastikan mereka dapat melanjutkan pelajaran di UTeM dengan lebih fokus dan mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
“UTeM sebagai institusi kecemerlangan ilmu yang turut bergelar universiti terbaik TVET dalam kalangan univerisiti awam dalam negara ini bukan hanya cemerlang dalam akademik, penyelidikan dan inovasi malahan kita juga memberikan keutamaan dalam hal ehwal kebajikan pelajar.
“Prihatin dan cakna kepada pelajar sentiasa kami dahulukan demi memastikan seluruh pelajar UTeM sentiasa menikmati yang terbaik dalam persekitaran pembelajaran paling kondusif sepanjang pengajian mereka di sini,” ujarnya.
Sementara itu, Rohana Abdullah, ketika ditemu bual menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana diberi peluang keemasan daripada UTeM menerusi program Anak Emas UTeM sehinggalah dia berjaya menamatkan pengajian diplomanya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.88.
“Saya ingin menyampaikan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UTeM, terutamanya kepada Tun Canselor dan Naib Canselor atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya melalui program ini.
“Terima kasih juga kepada semua pensyarah, pegawai, staf dan pihak universiti yang komited menguruskan hal ehwal saya sepanjang tempoh pengajian bermula dari tahun 2022 hingga 2025.
“Program Anak Emas adalah satu inisiatif hebat yang ditonjolkan UTeM kerana ia benar-benar membantu dalam meringankan beban kepada mereka yang cemerlang dalam akademik tetapi berdepan dengan kekangan kewangan yang serius ekoran ketidakmampuan keluarga.
“Program ini terbukti berkesan bersama pakej tambahan bantuan suntikan semangat dan motivasi buat pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan akademik dan perkara holistik kemenjadian mahasiswa,” katanya yang kini sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan kepujian di UTeM.
Dia merupakan antara 3,278 graduan UTeM yang menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta ijazah Doktor Falsafah (PhD) masing-masing pada majlis yang berlangsung tiga hari bermula dari 1 hingga 3 November membabitkan enam sesi itu.
Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 disempurnakan oleh Canselor UTeM yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ringkasan AI
- Rohana Abdullah, graduan Diploma Sains Komputer UTeM, diumumkan sebagai graduan sewaktu Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 selepas mendapat tawaran pengajian bersama Biasiswa Anak Emas UTeM.
- Kisah Rohana yang dijaga oleh ibu angkat berlainan agama sejak kecil menarik perhatian masyarakat dengan sokongan ibu angkatnya, Chee Hoi Lan, dalam memelihara identiti agamanya.
- Program Biasiswa Anak Emas UTeM yang menawarkan bantuan pembiayaan penuh pengajian dipuji oleh Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Massila Kamalrudin, sebagai inisiatif berjaya membantu pelajar cemerlang dari golongan kurang berkemampuan mencapai kecemerlangan akademik.