KUALA LUMPUR: Dalam usaha mendidik masyarakat akan kepentingan memelihara sungai dan kemudahan yang terdapat di kawasan River of Live (RoL), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menganjurkan River of Live Virtual Bike and Run 2021.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penganjuran yang diadakan dengan kerjasama Malaysia Green Building Council (MGBC) itu turut menampilkan karektor animasi adiwira tanah air Ejen Ali.
Beliau memberitahu, program yang berkonsepkan virtual atau maya itu adalah untuk mempromosikan RoL sebagai produk ekopelancongan di ibu negara bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.
"Sehingga hari ini, seramai 1,700 orang telah mendaftar sebagai perserta River of Life Virtual Bike & Run 2021.
"Peserta berdaftar mempunyai pilihan sama ada berlari, berjalan atau berbasikal di mana-mana lokasi ROL bermula 1 Februari hingga 30 Jun depan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Annuar turut menjelaskan, pemilihan Ejen Ali sebagai ikon kempen kesedaran RoL-Public Outreach Programme (RoL-POP) itu adalah untuk menyampaikan mesej mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan keindahan alam sekitar khususnya kepada pelajar dan anak muda di Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, Annuar turut mengingatkan peserta supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika melakukan aktiviti itu supaya keselamatan semua pihak terjamin.
Selain dapat beriadah, warga kota juga katanya, dapat bersama-sama memainkan peranan meningkatkan kesedaran orang awam dalam membendung pencemaran sungai dan vandalisme yang sentiasa berlaku khususnya di Kuala Lumpur.
"River of Life Virtual Bike & Run 2021 yang di bawah cakna sukan ini dapat memberi peluang kepada orang ramai menjalani gaya hidup sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Inisiatif program kesedaran RoL ini perlu diteruskan dengan aktiviti promosi yang lebih berkesan bagi memastikan mesej mengenai kepentingan penjagaan sungai sebagai sumber bekalan air bersih dan sebagai habitat alam semula jadi ini dapat disampaikan kepada masyarakat dengan berkesan.
Beliau berkata, kerjasama orang ramai dalam bersama-sama menangani masalah pencemaran sungai adalah sangat diperlukan demi kesejahteraan semua dan generasi yang akan datang.
Umavathi Ramayah
Sat Feb 20 2021
Annuar Musa berkata, River of Life Virtual Bike & Run 2021 yang di bawah cakna sukan ini dapat memberi peluang kepada orang ramai menjalani gaya hidup sihat sepanjang tempoh PKP. - Gambar Kementerian Wilayah Persekutuan
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.
UMNO terus jadi 'alat' DAP jika menang PRN - Annuar
Dengan cara itu, Annuar berkata UMNO akan sedar bahawa rakyat menolak parti itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.