MALAYSIA
Rombakan Kabinet: Berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti - Titah Agong
Tze Tzin ketika Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar barisan Jemaah Menteri baharu yang dilantik melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira fahaman atau kepentingan parti politik.
Ringkasan AI
Titah baginda itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi.
“Baginda telah bertitah menasihati kami untuk menjunjung integriti dan berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti (politik),” katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Istana Negara hari ini.
Mengulas peranan beliau sebagai timbalan menteri, Tze Tzin berkata tanggungjawab itu akan dimanfaatkan untuk memperkukuh usaha menarik pelaburan, mempromosikan perdagangan serta memudah cara urusan perniagaan dalam negara.
“Kita perlu bekerja keras untuk menarik pelaburan, mempromosikan perdagangan serta memudahkan urusan menjalankan perniagaan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Tze Tzin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan melalui pelantikan tersebut.
Perdana Menteri semalam mengumumkan rombakan Kabinet kali ketiga yang melibatkan 10 menteri dan 18 timbalan menteri.
Tze Tzin menggantikan Liew Chin Tong yang kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Tujuh menteri dan lapan timbalan menteri selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia dan Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara, pagi tadi.
Ringkasan AI
- Sultan Ibrahim menitahkan barisan Jemaah Menteri baharu untuk mengamalkan integriti dan berkhidmat tanpa memandang fahaman politik.
- Timbalan Menteri MITI, Sim Tze Tzin, menyatakan tanggungjawabnya adalah memperkukuh usaha pelaburan serta perdagangan negara.
- Penggantian menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet ketiga mendapat penghargaan daripada Tze Tzin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.