[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

Rombakan Kabinet: Mohd Na'im mahu berehat, tunai umrah

Bernama 17/12/2025 | 03:45 MYT
Mohd Na'im pagi ini meluangkan masa buat kali terakhir untuk menyantuni warga kementerian dan JAKIM.
PUTRAJAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar pagi ini meluangkan masa buat kali terakhir untuk menyantuni warga kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Ringkasan AI
  • Datuk Mohd Na'im Mokhtar meluangkan masa terakhir untuk menyantuni warga kementerian dan JAKIM.
  • Beliau tidak mempunyai perancangan dalam masa terdekat dan akan menunaikan umrah.
  • Rombakan Kabinet menyaksikan perubahan portfolio termasuk jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Beliau yang tiba kira-kira jam 8.20 pagi di Kompleks Islam di sini, disambut oleh pegawai serta kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politiknya Muhamad Razak Idris, meluangkan masa kira-kira dua jam bersama warga kementerian.

Ketika ditemui media, Mohd Na'im berkata beliau tidak mempunyai sebarang perancangan dalam masa terdekat dan memilih untuk berehat terlebih dahulu.

"Insya-Allah, saya akan berangkat menunaikan umrah dalam masa terdekat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan, yang menyaksikan beberapa perubahan portfolio termasuk jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mohd Na'im. 58, yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2 Dis 2022, memegang jawatan itu selama kira-kira tiga tahun.

-- BERNAMA


#rombakan kabinet #Mohd Na'im Mokhtar #menteri gugur #Kerajaan Madani