Rombongan pemimpin kanan UMNO hadiri Muktamar Pas

Astro Awani
Jun 21, 2019 03:50 MYT
Antara pemimpin UMNO yang menghadiri Muktamar Pas Ke-65 di Kuantan, Pahang pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukan) di sini hari ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan UMNO yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mengiringi Mohamad ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di samping pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN), Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran.
Turut hadir ialah empat pemimpin kerajaan negeri pembangkang iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Kehadiran pemimpin-pemimpin kanan UMNO itu di perhimpunan tahunan Pas sekali gus menterjemahkan hubungan akrab kedua-dua parti berkenaan khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
Muktamar Tahunan Pas Ke-65 pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan dasar oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
#Abdul Hadi Awang #Mohamad Hasan #Muktamar Pas #PAS #Rombongan pemimpin kanan UMNO hadiri Muktamar Pas #UMNO