KOTA KINABALU: Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, berikutan pembatalan penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah dan Sarawak hari ini.
Rusnih Majid, 65, dari Kampung Luagan Sanginan Beaufort bersama 16 ahli keluarganya termasuk ibu pengantin lelaki dijadual bertolak ke Kuching pada jam 12.30 tengah hari melalui syarikat penerbangan Firefly, namun penerbangan itu dibatalkan hari ini serta dijadual semula.
Beliau berkata seawal jam 6 pagi lagi mereka telah bertolak dari Beaufort dan hanya mengetahui mengenai penjadualan semula penerbangan itu apabila tiba di KKIA kira-kira jam 9 pagi.
"Memang rasa kecewa juga sebab kami datang dari jauh (Beaufort), keluarga dari Labuan pun ada bersama, kami ke sana untuk majlis kahwin anak adik saya," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Rusnih bagaimanapun berharap situasi itu tidak berlarutan dan mereka sekeluarga akan dapat menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya itu yang berlangsung pada Sabtu ini.
Sementara itu, Penasihat Syariah Raudah Borneo Travel and Services Sdn Bhd Datuk Saifulzaman Sangul berkata agensi itu yang membawa seramai 66 jemaah umrah, juga turut terkandas.
Beliau berharap kepada semua jemaah supaya dapat bersabar dan berdoa semoga situasi itu akan menjadi lebih baik dan operasi penerbangan kembali berjalan seperti biasa.
"Mereka yang menunaikan umrah kita harapkan penerbangan mereka sampai ke Tanah Suci dengan aman selamat dan melaksanakan tanggungjawab umrah," katanya.
Jemaah umrah Nuraini Robert, 54, dan anaknya Najwa Musain Musli, 28, dari Kampung Paal, Tenom juga terpaksa akur apabila penerbangan mereka melalui agensi umrah itu yang dijadual pada jam 12.05 tengah hari ke Singapura telah ditangguhkan.
Beliau berkata mereka hanya mengetahui penjadualan penerbangan itu ketika berada di KKIA, selepas dimaklumkan oleh agensi umrah yang membawa rombongan jemaah yang dijangka tiba di Jeddah esok.
"Makcik sampai di Kota Kinabalu semalam dan apabila terjadi situasi begini, kita terima sajalah, berdoa semoga keadaan akan menjadi lebih baik dan selamat sampai ke tempat yang dituju," katanya.
Beberapa penerbangan hari ini antaranya Malaysia Airlines dan Air Asia menghubungkan KLIA, Sabah, dan Sarawak, dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.
Malaysia Airlines setakat ini memberitahu 19 penerbangannya telah dibatalkan, 11 penerbangan melibatkan Sabah, manakala lapan lagi melibatkan Sarawak.
Air Asia pula memberitahu 16 penerbangannya dengan destinasi KLIA dan Sabah dibatalkan, iaitu lapan melibatkan Kota Kinabalu dan lapan lagi melibatkan Tawau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Orang ramai terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu apabila beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia. - Foto Bernama
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
COVID-19: 841 warga Malaysia terkandas di 20 buah negara - Kementerian Luar
Seramai 841 warga Malaysia dilaporkan terkandas di 20 buah negara ketika ini