NATIONAL
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan

Dua lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kerana merompak beg duit milik seorang wanita warga emas. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak beg duit milik seorang wanita warga emas, dua minggu lepas.
Ringkasan AI
- Dua lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kerana merompak beg duit milik seorang wanita warga emas.
- Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
- Kedua-dua tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan mempunyai tanggungan keluarga, tetapi hukuman setimpal diminta sebagai pengajaran.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum sebatan.
Mengikut fakta kes, kedua-dua lelaki itu ditangkap pada 6 Jan dan polis telah menjumpai barang-barang milik mangsa antaranya beg kulit dan kad pengenalan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Mohamed Zanyuin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama selain mangsa merupakan warga emas.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami