awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tahanan kes rogol lolos berjaya ditangkap semula di Sibu
MALAYSIA
Pesara syarikat swasta rugi RM1.68 juta diperdaya pelaburan dalam talian
BISNES
Malaysia meterai perjanjian perkongsian ekonomi dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Rompakan kabel perlu tindakan berat, bukan kes curi biasa - Loke

Asyraf Malik
Asyraf Malik
23/06/2025
06:25 MYT
Rompakan kabel perlu tindakan berat, bukan kes curi biasa - Loke
Loke (tengah) pada sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia, hari ini. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kejadian kecurian kabel di lokasi tertentu sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh menjejaskan sasaran penyempurnaan projek itu pada Disember 2026.

Ringkasan AI
  • Kejadian kecurian kabel di jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh menjejaskan sasaran penyempurnaan projek pada Disember 2026 dan meningkatkan kos baik pulih serta risiko kelewatan ujian tren.
  • Menteri Pengangkutan Anthony Loke menggesa tindakan tegas terhadap pencuri kabel, termasuk pertimbangan undang-undang atas gangguan ketenteraman awam, bukan sekadar kesalahan mencuri.
  • Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan melaksanakan langkah keselamatan tambahan di tapak projek, susulan insiden kecurian yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap pihak berkaitan kerana ia melibatkan keselamatan negara.
"Kecurian kabel bukan hanya berlaku di ECRL, ia juga terjadi pada Keretapi Tanah Melayu (KTM) sehingga menyebabkan kelewatan jadual pengangkutan awam tersebut.
"Saya sudah hubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa pihak polis ambil tindakan undang-undang bukan sekadar atas kesalahan mencuri, kerana mereka turut mengganggu ketenteraman awam.
"Tindakan lebih berat diperlukan untuk mereka (pencuri kabel) ini, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis bagi menangani isu terbabit.
"Apa yang pasti, kesalahan mereka bukan sekadar curi kabel," ujar Loke dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia, di sini, pada Isnin.
Selain itu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) juga akan melakukan langkah mitigasi supaya keselamatan di tapak projek ECRL lebih terjamin.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak memaklumkan beberapa kejadian kecurian kabel dikesan di lokasi jajaran ECRL merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Insiden itu akan meningkatkan kos baik pulih dan penggantian, serta berisiko menunda jadual ujian dan pentauliahan tren yang dijangka bermula pada Jun 2026.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan Malaysia
#ECRL
#Anthony Loke
#kes curi kabel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami