MALAYSIA
RON95: Muhyiddin nafi pertahan hak warga asing dalam penyelarasan subsidi

Muhyiddin nafi pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.
Ringkasan AI
- Penafian tegas oleh Muhyiddin: Bekas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95. Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar dan menuntut PM Anwar Ibrahim membuktikan kenyataan tersebut atau memohon maaf.
- PM Anwar beri respons sinis: Dalam sidang Dewan Rakyat, PM Anwar menyindir pembangkang kerana tidak membaca kenyataan ketua mereka sendiri. Beliau merujuk kenyataan YB Pagoh yang mempersoalkan kenapa warga asing turut dibebankan, sedangkan mereka menyumbang kepada negara.
- Desakan untuk pendedahan identiti: Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, meminta PM mendedahkan siapa sebenarnya yang mempertahankan hak warga asing. Namun, PM Anwar menegaskan bahawa kenyataan itu sudah pun dibuat oleh Muhyiddin dan perlu dibaca terlebih dahulu.
“Yang saya hendak jelaskan dengan tegas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan, baik dalam sidang akhbar, kenyataan media ataupun di mana mana sahaja tentang perkara yang bagi saya adalah suatu kenyataan yang bohong, Yang tidak betul.
“Jadi saya nafikan sekeras kerasnya,” tegasnya lagi.
Sewaktu sidang Dewan Rakyat awal hari ini, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau menerima laporan ada ahli Parlimen daripada pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid bangkit meminta Perdana Menteri untuk mendedahkan identiti sebenar ahli Parlimen yang didakwa berbuat demikian.
Bagaimanapun Anwar berkata, Rosol sepatutnya membaca terlebih dahulu kenyataan yang didakwa daripada Muhyiddin berhubung perkara tersebut.
“Yang Berhormat tak baca kenyataan ketua sendiri iaitu Ahli Parlimen Pagoh. Lain kali baca dulu sebelum datang Parlimen, jangan pakai 'hentam kromo' sahaja.
“Baca kenyataan YB Pagoh yang mempersoalkan mengapa kerajaan bebankan orang asing sedangkan orang asing juga memberi sumbangan kepada negara,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami