awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RON95, RON97 naik 3 sen, diesel turun 1 sen

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/10/2020
08:49 MYT
RON95, RON97 naik 3 sen, diesel turun 1 sen
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). - gambar fail
KUALA LUMPUR:Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen manakala diesel pula turun satu sen berkuat kuasa 3 hingga 9 Oktober ini.
Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.68 seliter dinaikkan kepada RM1.71 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
Sementara itu, harga runcit bagi RON97 dinaikkan kepada RM2.01 seliter yang mana sebelum ini RM1.98 seliter.
Kementerian itu juga mengumumkan penurunan harga runcit diesel daripada RM1.71 seliter kepada RM1.70 seliter.
Kementerian Kewangan berkata penetapan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#RON95
#diesel
#petrol
#RON97
#kerajaan
#harga minyak
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan