RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

Astro Awani
November 8, 2019 09:19 MYT
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 9 hingga 15 November ini.
Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.57 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 9 hingga 15 November ini.
“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing.
“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.26 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.
“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” demikian menurut Kementerian Kewangan.

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 9 November 2019 sehingga 15 November 2019. pic.twitter.com/mAezEiyqFg

— Ministry of Finance (@MOFmalaysia) November 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah kenyataan itu, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua bahan mentah itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 9 November 2019 sehingga 15 November 2019 adalah berjumlah RM79.39 juta.
#diesel #ekonomi #Kementerian Kewangan #petrol #RON95