awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronald Kiandee sahkan terima tawaran Pengerusi PAC

Bernama
Bernama
04/08/2018
11:58 MYT
Ronald Kiandee sahkan terima tawaran Pengerusi PAC
Kiandee berkata, keputusan mengenai tawaran tersebut akan diputuskan paling awal Selasa ini, selepas usul cadangan berkenaan dibentang di Dewan Rakyat. - BERNAMA/Fail
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengesahkan bahawa beliau telah ditawarkan untuk menggalas jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.
Perkara itu, katanya telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Khamis lepas, di Parlimen.
Bagaimanapun, katanya keputusan mengenainya akan diputuskan paling awal Selasa ini, selepas usul cadangan berkenaan dibentang di Dewan Rakyat.
"Memang dalam 'Order Paper' yang dikeluarkan Parlimen, bahawa antaranya untuk mencadangkan nama bagi jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi PAC. Kalau ikutkan, usul ini akan dibentang sebaik penggulungan usul titah Yang di-Pertuan Agong selesai," katanya kepada Bernama, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat Isnin ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mencadangkan Kiandee sebagai pengerusi PAC manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa tersebut.
Pakatan Harapan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 antara lain menjanjikan akan memilih Ahli Parlimen pembangkang sebagai pengerusi PAC.
Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau menerima tawaran berkenaan dengan hati terbuka dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab dengan baik sekiranya usul berkenaan diluluskan Dewan Rakyat.
"Bagaimanapun kita tunggu sehingga usul dibentangkan," tambahnya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO yang akan ditawarkan jawatan berkenaan, bagaimanapun beberapa portal berita hari ini memetik kenyataan Liew yang menyatakan bahawa tawaran berkenaan telah ditolak Ahmad Zahid.
Liew turut dipetik sebagai berkata bahawa nama Kiandee dicadang sendiri Ahmad Zahid dan nama bekas timbalan speaker juga telah dikemukakan dan dilulus anggota Kabinet. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Pengerusi PAC
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan