[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
KINI-TRENDING

Ronaldo wira, Balotelli jadi kambing hitam

Ian Johan Ariff 23/10/2014 | 06:23 MYT
Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo menjadi sebutan di media sosial kerana pemain Real Madrid itu semakin hampir untuk memecah rekod penjaring gol terbanyak Liga Juara-juara Eropah (UCL).
Selepas menjaringkan satu gol untuk Real mencatat kemenangan 3-0 ke atas Liverpool awal pagi tadi, Ronaldo hanya memerlukan satu gol lagi untuk menyamai rekod yang dicatat lagenda kelab itu, Raul.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Raul menjaringkan 71 gol dalam saingan liga utama Eropah itu manakala Ronaldo menjaringkan 70 gol setakat ini.
Ronaldo kini mengatasi pesaing terdekatnya, Lionel Messi dari Barcelona yang sudah menjaringkan 69 gol dalam aksi UCL.
Dalam perlawanan itu Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-23, menyudahkan lambungan bola cantik bintang muda Real, James Rodriguez.
Vine jaringan Ronaldo itu paling mencuri tumpuan di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Karim Benzema kemudian menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-30 dan 41 untuk memastikan kemenangan skuad bimbingan Carlo Ancelotti.
Ramai peminat Liverpool mengharapkan kebangkitan skuad itu seperti yang dilakukan pada final UCL di Istanbul pada 2005.
Pada final tersebut, Liverpool ketinggalan 0-3 dalam babak pertama menentang AC Milan, yang dibimbing Ancelotti ketika itu.
Skuad the Reds bangkit semula dalam babak kedua untuk menyamakan kedudukan sebelum menang menerusi sepakan penalti.
Perlawanan menentang Real awal pagi tadi juga menyaksikan peminat Liverpool meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penyerang baharu kelab itu, Mario Balotelli.
Pemain Itali yang menyertai Liverpool musim ini dengan bayaran 16 juta pound tidak mempamerkan persembahan yang dijangkakan sejak menyertai kelab itu pada Ogos.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah tindakannya menukar baju dengan pertahanan Real, Pepe selepas tamat babak pertama turut menimbulkan kemarahan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.
Menurut Rodgers, dia tidak menghalang mana-mana pemain untuk menukar baju mereka dengan pemain lawan namun ia perlu dilakukan selepas tamat permainan.
Bagaimanapun peminat Liverpool menganggap ia satu masalah kecil yang dihadapi Liverpool, termasuk bekas pemain kelab itu, Jamie Carragher.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang berasa Rodgers sengaja memperbesarkan isu itu bagi mengalih perhatian terhadap persembahan hambar skuadnya menentang Real.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Liverpool #Mario Balotelli #Real Madrid
Sila isi emel yang sah! Sila isi emel yang sah!
Terima kasih atas langganan anda
Terima kasih atas langganan anda