ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia

Astro Awani
Julai 26, 2023 05:35 MYT
MTC memaklumkan, ROS sudah mengeluarkan surat pembatalan pertubuhan itu bertarikh 20 Julai 2023.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dilaporkan membatalkan pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) berkuat kuasa Khamis lalu.
Menurut bekas Setiausaha Agung MTC Datuk Noorzaleha Baharuddin dalam satu kenyataan, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk kesalahan didakwa dilakukan MTC yang menyebabkan ROS membatalkan pertubuhan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ROS sudah mengeluarkan surat pembatalan pertubuhan MTC bertarikh 20 Julai lalu
Susulan itu, mana-mana individu yang menggunakan nama atau menyamar sebagai pegawai MTC adalah menyalahi Akta 335.
#Majlis Pelancongan Malaysia #MTC #Jabatan Pendaftaran Pertubuhan #Akta Pertubuhan 1966