awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ROS tidak lembab teliti 47 aduan pelanggaran perlembagaan PPBM - TPM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/02/2018
06:42 MYT
ROS tidak lembab teliti 47 aduan pelanggaran perlembagaan PPBM - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab pertanyaan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan Tambak Johor dan Linkedua di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sengaja melewatkan status mesyuarat agung tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Tegas beliau, ROS terpaksa meneliti 47 aduan yang didapati bercanggah dengan perlembagaan parti itu.
“Terdapat 249 aduan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli PPBM. Setakat ini ROS telah melihat bahawa 47 daripada aduan-aduan itu mempunyai percanggahan dengan perlembagaan PPBM sendiri.
“ROS terpaksa meneliti semua aduan berkenaan terutamanya 47 yang mempunyai kaitan dengan pelanggaran kepada perlembagaan parti berkenaan dan peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya.
“ROS menjalankan tugas secara profesional dan mereka tidak ada sebarang kepentingan di dalam mana-mana organisasi politik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Tambak Johor di pejabatnya di sini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan adalah tidak wajar ROS dipersalahkan lantaran kegagalan pemimpin PPBM mengikuti perlembagaan mereka.
“Sebagai seorang tokoh yang pernah mengetuai sebuah kerajaan, tokoh itu harus mengetahui bahawa di zamannya pun peraturan yang sama digunakan.
“Jadi amatlah berlaku kejahilan jika menunding jari kepada pihak lain sedangkan kejahilan itu dilakukan pihaknya sendiri termasuk menghantar perwakilan ke mesyuarat tahunan di mana perwakilan itu tidak dipilih oleh bahagian-bahagian berkenaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan termasuk perwakilan di peringkat bahagian pun tidak dipilih di peringkat cawangan.
“Maka ROS tidaklah sejahil dan selembab sebagaimana tuduhan orang berkenaan,” ujarnya.
Dalam catatan di blog Tun Dr Mahathir pada Januari lalu, Pengerusi PPBM itu mendakwa ROS mempunyai niat tidak baik atau mala fide apabila tidak menjawab permohonan Pakatan Harapan untuk mendaftar di bawah satu nama dan logo.
Tambah Dr Mahathir, kelewatan kelulusan pendaftaran atau langsung tidak meluluskan Pakatan Harapan oleh ROS itu juga akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PPBM
#ros
#Timbalan Perdana Menteri
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan