awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosakkan harta benda sekolah: Pelajar terlibat diarah ikuti khidmat komuniti

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
18/02/2023
14:17 MYT
Rosakkan harta benda sekolah: Pelajar terlibat diarah ikuti khidmat komuniti
Tular di media sosial klip video memaparkan tindakan beberapa remaja merosakkan harta benda sekolah termasuk membaling kerusi plastik dalam kelas. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR : Sekumpulan pelajar yang didapati terlibat dengan kejadian vandalisme di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Pulau Pinang akan mengikuti khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak lagi berulang.
Menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dalam kenyataan pada Sabtu, tindakan sewajarnya telah diambil oleh pihak sekolah dengan memanggil pelajar-pelajar bersama ibu bapa atau waris mereka pada Sabtu bagi membincangan isu berkenaan.
"JPN Pulau Pinang amat kesal akan kejadian tersebut dan akan memastikan isu ini diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah.
"Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi," kata kenyataan itu hari ini.
Rosak Harta Benda | KPM sudah panggil pelajar bantu siasatan
Jelas JPN Pulau Pinang lagi, nilai kerugian berkenaan kerosakan harta benda di sekolah berkenaan kini masih dalam siasatan.
JPN dalam masa sama turut menyeru agar portal-portal yang menyiarkan video tular membabitkan isu ini, memadam video kerana bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, tular di media sosial dua klip video memaparkan tindakan beberapa remaja yang membaling beberapa kerusi plastik dipercayai dalam sebuah kelas serta pintu tandas selepas sesi terakhir sekolah.
Topic Berkaitan
#Vandelisme
#JPN Pulau Pinang
#pelajar
#Sesi terakhir sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan