ROSEKL2018 buka rahsia kejayaan 24 wanita dari Asia

Dania Zainuddin
Februari 7, 2018 10:02 MYT
SUHAIMI: Apa yang menariknya adalah mereka bukan sahaja dapat mendengar dari panel, tetapi dapat memerhatikan personaliti dari luar negara. - Foto Astro AWANI
Persidangan ROSE yang mengumpulkan 24 wanita berpengaruh, berbakat dalam pelbagai industri selama dua hari membuktikan kejayaan Astro AWANI dalam menyediakan platform untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada peserta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman, acara ini telah menerima sambutan baik terutamanya bagi mereka yang dahagakan ilmu dan mahu mengetahui rahsia kejayaan pemimpin dan juga personaliti yang berjaya.
“Kami mahu menjadi yang terbaik dalam penyampaian berita, pada masa sama memiliki ‘thought-leadership' (pemikiran kepimpinan).
“Apa yang kami lakukan pada kali ini adalah kita membawa mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing dari benua Asia untuk berkongsi pandangan dan juga cadangan untuk menambahbaik interaksi dan pelaksanaan perniagaan,” kata Suhaimi ketika ditemui pada acara itu.
Katanya lagi, beliau bukan sahaja menerima maklum balas positif terhadap kandungan hujah ahli panel, malah peserta juga berpuas hati dapat membina rangkaian yang lebih luas serta mendapat peluang bekerjasama dengan individu dari negara-negara jiran.
“Apa yang menariknya adalah mereka bukan sahaja dapat mendengar dari panel, tetapi dapat memerhatikan personaliti dari luar negara.
“Sebagai contoh, Christine Hakim yang merupakan seorang aktres terkenal dan aktivis. Saya perhatikan Christine Hakim ini sentiasa menulis apa sahaja yang dilihat dan didengarnya.
“Saya dan peserta lain boleh lihat Christine Hakim sebagai individu yang mempunyai gaya seorang profesional. Jadi saya sebenarnya belajar hanya dengan memerhatikan Christine Hakim dan mungkin melihat resepi kejayaan personaliti yang berada di sini,” katanya.

Hold your breath, film buffs! Indonesia acclaimed actress, Christine Hakim is right here at #ROSEKL2018 sharing her dreams before becoming the Republic TV & film icon. Calm & composed, Christine is a real piece of an exquisite art. @501Awani pic.twitter.com/iSeDLzt6j7

— FidaSamat AWANI (@FidaSamat) February 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Suhaimi turut bercakap tentang Pascita Juan yang merupakan usahawan sosial yang memberikan idea untuk syarikat di rantau ASEAN untuk bekerjasama supaya dapat menembusi pasaran dunia.
“Bagi Pascita Juan dari Filipina, walaupun kita mungkin menghasilkan produk yang hampir sama, tapi kita tidak boleh dilhat pasaran di Asia Tenggara sahaja.
“Jika kekuatan itu digabungkan, banyak kejayaan boleh dilakukan,” katanya.

Pacita Juan - Chairperson, Asean Women Entrepreneurs Network and President, ECHOstore, Philippines. She put her energies, insider knowledge and corporate clout to help newcomers create and conduct ethical businesses. #ROSEKL2018 @501Awani pic.twitter.com/6sNiNM9FzQ

— Syafique Shuib AWANI (@syafique_AWANI) February 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pada hari pertama acara ROSE, beberapa panel termasuk Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad Datuk Farshila Emran, Komposer dan Penulis Somtow Sucharitkul dan Aktivis Sosial Deborah Henry, Presiden BT Japan Haruno Yoshida, turut menjadi tumpuan.

In the omenomicsera, 400 per cent of productivity is possible - Haruno Yoshida, President of BT Japan #ROSEKL2018 @501Awani pic.twitter.com/R6dUqRDPnl

— FidaSamat AWANI (@FidaSamat) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DatoFarshila on her weakenesses. t is okay to accept your weaknesses because people will support you with their strengths.#ROSEKL2018 @501Awani pic.twitter.com/PIOPXDqZ60

— Syafique Shuib AWANI (@syafique_AWANI) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

on do charity, do humanity.- Deborah Henry #ROSEKL2018 @501Awani pic.twitter.com/DkwoDEa28q

— Syafique Shuib AWANI (@syafique_AWANI) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ASEAN #Asia #Astro #Astro Awani #Filipina #Indonesia #Japan #Rose #ROSEKL2018 #Suhaimi Sulaiman #Twitter #wanita #women