MALAYSIA
Roslin Hashim jadi Ketua Jurulatih pasukan badminton Mesir
Ketika bergelar pemain, Roslin pernah menduduki kedudukan teratas ranking dunia dan meraih pelbagai gelaran di pentas antarabangsa. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton negara Muhammad Roslin Hashim sah berkelana ke Mesir sebagai Ketua Jurulatih bagi kem badminton negara itu bermula bulan ini.
Ringkasan AI
Beliau berkata keputusan itu diambil bagi menimba pengalaman baharu dalam kerjayanya sebagai jurulatih badminton di luar negara, dan Persekutuan Badminton Mesir (EBF) telah menawarkan kontrak selama tiga tahun sebagai persiapan menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Ini satu cabaran, saya ambil satu skop kerja yang baharu untuk saya... cabaran memang besar, kalau tengok tugas yang saya harus pikul ini bukan tugas mudah, bukan hanya sebagai seorang jurulatih di sana tetapi juga sebagai seorang pengarah teknikal dan ketua jurulatih.
"Tugas memang besar dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk kerjaya saya," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Roslin juga berkata tawaran EBF merupakan peluang terbaik beliau untuk mencurahkan segala ilmu yang dimilikinya dalam membantu pembangunan sukan badminton di bumi Mesir.
"Kita lihat dari segi tahap badminton di sana tidak begitu tinggi... jadi, saya nak buat sesuatu kepada pemain Mesir untuk keluar daripada zon selesa mereka," katanya.
Sebagai rekod, ketika bergelar pemain, Roslin pernah menduduki kedudukan teratas ranking dunia dan meraih pelbagai gelaran di pentas antarabangsa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Muhammad Roslin Hashim dilantik sebagai Ketua Jurulatih badminton Mesir, mengambil kontrak selama tiga tahun bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
- Roslin melihat tawaran ini sebagai cabaran besar dan peluang untuk memberi sumbangan dalam pembangunan sukan badminton Mesir.
- Dengan pengalaman dan kejayaannya sebelum ini, Roslin berazam mempertingkatkan prestasi pemain Mesir dan membantu mereka keluar dari zon selesa.