'Rosmah is 'okay', jumpa di mahkamah esok' - Peguam

Astro Awani
Oktober 3, 2018 11:10 MYT
Geethan mengesahkan Rosmah telah ditahan selepas diambil keterangan beliau dalam sesi yang bermula sekitar jam 11 pagi tadi. - Foto Bernama
Peguambela Datuk Seri Rosmah Mansor Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan anak guamnya yang kini berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam keadaan sejahtera.
“She’s okay. Kami tahu beliau ditahan, kami tidak dimaklumkan selanjutnya,” kata Geethan dalam sidang media yang diadakan selepas Rosmah ditahan di ibu pejabat SPRM, petang tadi.
Geethan turut mengesahkan Rosmah telah ditahan selepas diambil keterangan beliau dalam sesi yang bermula sekitar jam 11 pagi tadi.
Menurut Geethan, pihak beliau tidak dimaklumkan tentang jenis pertuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah dan hanya akan mengetahuinya esok.

DS Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok jam 8:30 pagi - Peguam @501Awani pic.twitter.com/8rsY80A8L9

— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) October 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami tidak tahu mengenai perkara itu, anda boleh buat semakan dengan SPRM,” kata Geethan.
BACA: LAPOR LANGSUNG: 1MDB Najib di PDRM, Rosmah pula ke SPRM
SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini mengesahkan Rosmah bakal dihadapkan dengan beberapa tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Perbicaraan beliau dijadualkan bermula jam 8 pagi esok.
Selain dari Geethan, Rosmah turtu diwakili peguambela Datuk K.Kumaraendran.
#1MDB #AMLATFPUAA 2001 #Geethan Ram Vincent #K Kumraendran #mahkamah #Mahkamah Sesyen #Rasuah #Rosmah Mansor #SPRM